Pendakwaan akan terus mengendalikan kes seorang gadis berusia 12 tahun enam bulan di Sabah yang didakwa dirogol seorang pengurus sebuah restoran berusia 40 tahun.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kes itu masih berjalan dan Jabatan Peguam Negara tidak pernah menggugurkannya.
"Saya tidak mempunyai pilihan selain membuat kenyataan terbuka hari ini yang bertentangan dengan pendapat kami. Selalunya, kami tak akan cakap sehingga siasatan penuh dilakukan tetapi dalam kes ini, anda memaksa saya mengambil tindakan yang bertentangan dengan prinsip tertentu, dan saya tiada pilihan
kerana isu ini perlu dihentikan.
"Ini bukan satu kes yang mudah. Tolong faham dan biar kami selesaikan siasatan, berilah kepercayaan kepada kami untuk selesaikan tugas kami. Saya hanya boleh beritahu anda bahawa kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kejadian rogol membabitkan kanak-kanak, namun pada masa yang sama, kami juga
perlu memastikan keadilan ditegakkan," katanya kepada pemberita hari ini.
Abdul Gani berkata memandangkan mangsa enggan memberi keterangan, pasukan pendakwaan terpaksa bergantung kepada bukti lain seperti laporan Asid Deoksiri bonukleik (DNA), laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan laporan pegawai penyiasat berkaitan mangsa serta memeriksa akaun Facebook mereka, yang belum diperoleh.
"Dalam perkara ini, saya ada seorang saksi di mana kawan perempuan itu duduk di belakang kereta, tetapi apabila duduk di belakang, apa yang kita nampak adalah isu lain. Bagaimanapun, saya percayakan budak itu, jadi kita memerlukan keterangan lanjut daripada beliau dan kita perlu menganalisis keterangannya
dengan teliti," katanya.
Riduan Masmud, bapa empat anak, didakwa merogol mangsa dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas, bagaimanapun, dia kemudian mengahwini gadis itu ketika kes sedang berjalan.
Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khatom Abd Samad kemudian memberi tempoh sehingga 6 Jun ini kepada Jabatan Peguam Negara sama ada ingin meneruskan kes itu atau sebaliknya.
Pada 7 Mei lepas, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazmeen Zulkifli memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak mempunyai bantahan untuk kes itu ditarik balik selepas mangsa menarik balik laporan polis yang dibuat pada 18 April.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Chaw Siang Kong memberitahu mahkamah pada Isnin lepas bahawa pihaknya memerlukan masa untuk mengkaji semula kes itu kerana ia melibatkan kepentingan awam.
Abdul Gani juga berkata terdapat isu wang RM5,000 dibayar kepada bapa mangsa oleh tertuduh yang disebut sebagai 'Sogit', iaitu satu bentuk pampasan di bawah undang-undang anak watan atau adat Sabah.
Bagaimanapun, Abdul Gani berkata beliau dimaklumkan bahawa tiada peraturan sedemikian di bawah undang-undang berkenaan daripada Mahkamah Adat, dan sehubungan itu, satu pasukan kecil khas dibentuk bagi menyiasat isu berkenaan.
"Pada pandangan saya, pada masa ini tiada bayaran 'Sogit' dari sudut perundangan. Maka saya mengesyaki ia sama seperti rasuah. Jadi saya mengarahkan supaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) masuk campur dalam perkara ini," katanya.
Sementara itu, di KOTA KINABALU, Presiden Persatuan Ibu Tunggal Sabah (PITS) Norhanida Anol mahu Riduan dihukum kerana mendakwa tertuduh membawa 'satu gejala atau penyakit baharu' yang boleh merosakkan masyarakat.
"Ini adalah perkara yang keji! Lelaki ini memberi satu platform kepada yang lain untuk bertindak (merogol) dan lari daripada kesalahan (dengan mengahwini mangsa).
"Kita mempunyai banyak masalah ketika ini, dan nampaknya kini kita juga terpaksa menangani gejala baharu seperti ini," katanya kepada Bernama.
Norhanida berkata beliau juga bimbang perkahwinan antara tertuduh dan managsa akan menimbulkan isu seperti perbuatan curang dan penderaan.
Beliau berkata PITS sebelum ini terpaksa membantu wanita muda dan bayi mereka selepas ditinggal suami, keluarga serta perogol mereka.
Beliau berkata hakikat bahawa mangsa berasal dari keluarga miskin lebih membimbangkan kerana keluarga gadis itu mungkin akan melepaskan tanggungjawab mereka kepada suaminya.
Aktivis sosial Datuk Patrick Sindu pula berkata perbuatan Riduan melanggar undang-undang dan menyalah guna hak mangsa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
"Lelaki ini telah mengambil kesempatan terhadap seorang kanak-kanak yang tidak berdosa untuk keseronokan sendiri, dan dia berani mengatakan dia telah bertanggungjawab dengan mengahwini mangsa.
"Ini bukan kes 'suka sama suka' seperti yang lelaki itu dakwa. Kerosakan telah berlaku dan dia ingat dia boleh lari daripada dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Wanita dan Kanak-Kanak Persatuan Undang-Undang Sabah Datuk Mariati Robert berkata jika kes itu tidak dibicarakan sepenuhnya, maka "ini merupakan hari yang menyedihkan untuk wanita dan gadis di Malaysia jika perogol fikir mereka boleh memperalat Mahkamah Syariah untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab dan liabiliti."
"Hakikat bahawa lelaki itu kini berkahwin dengan mangsa tidak membebaskannya daripada pertuduhan merogol," katanya.
Mariati juga menggesa Mahkamah Syariah mempertimbang untuk mendakwa lelaki itu atas pertuduhan berzina.
Riduan didakwa pada 28 Feb lepas dan kes itu ditetapkan untuk perbicaraan dari 1 hingga 4 Julai ini.
Bernama
Wed May 22 2013
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Peguam Riduan Masmud minta henti buat kenyataan
Peguam yang mewakili Riduan Masmud, pengurus restoran yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur meminta semua pihak terbabit berhenti mengeluarkan kenyataan berbentuk spekulatif.
Kes rogol bawah umur di Sabah tidak pernah digugur -Gani Patail
Pendakwaan akan terus mengendalikan kes seorang gadis berusia 12 tahun enam bulan di Sabah yang didakwa dirogol seorang pengurus sebuah restoran berusia 40 tahun.