awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rogol dua kanak-kanak di Kerian

Bernama
Bernama
17/01/2013
15:04 MYT
Kes rogol dua kanak-kanak di Kerian
Polis sedang melengkapkan siasatan kes rogol dan cabul dua beradik perempuan di daerah Kerian pada akhir tahun lepas berdasarkan keterangan enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan.
Beliau berkata kesemua enam individu itu yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan dua beradik perempuan berusia lima dan tujuh tahun itu yang didakwa didera secara seksual, telah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kita juga menunggu laporan rakaman percakapan dua kanak-kanak itu dengan menggunakan khidmat pakar psikologi kanak-kanak di Bukit Aman. Kita masih dalam proses melengkapkan siasatan kes ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 118 anggota dan kakitangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, Sungai Siput, Gerik dan Pengkalan Hulu di sini, hari ini.
Ibu kedua-dua kanak-kanak itu yang berusia 37 tahun dan bekerja sebagai jurujual membuat laporan polis di IPD Kerian pada 27 Disember lepas.
Topic Berkaitan
#Datuk Mohd Shukri Dahlan
#Kanak-kanak
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan