awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rogol remaja perempuan viral di Facebook tidak benar - Polis

Bernama
Bernama
27/11/2015
04:41 MYT
Kes rogol remaja perempuan viral di Facebook tidak benar - Polis
Kejadian pada kira-kira pukul 10 malam itu telah memberitahu bahawa anaknya telah ditolak dan terjatuh ke dalam longkang yang kemudian dipijak beberapa kali sebelum beredar. - Gambar Fail
Polis hari ini menafikan adanya kes cubaan rogol serta pukul ke atas seorang remaja perempuan di Jalan Mawar Biru, Pasir Gudang dekat sini Khamis lepas.
Sebaliknya, kes yang dikatakan rogol dan samun itu merupakan kes mangsa dicederakan oleh warga asing, kata Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Abdul Samad Salleh.
Baru-baru ini orang awam digemparkan dengan beberapa keping gambar seorang remaja didakwa telah dirogol dan dipukul oleh beberapa orang warga asing yang tersebar luas di laman sosial Facebook.
Abdul Samad yang mengesahkan kejadian berkata tiada sebarang perlakuan cabul atau cubaan rogol atau samun daripada suspek terhadap mangsa yang berusia 21 tahun itu sebaliknya suspek mencederakan mangsa.
Melalui satu kenyataan di sini, beliau berkata bapa mangsa yang tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pada kira-kira pukul 10 malam itu telah memberitahu bahawa anaknya telah ditolak dan terjatuh ke dalam longkang yang kemudian dipijak beberapa kali sebelum beredar.
Abdul Samad berkata mangsa yang sedang berjalan kaki pulang selepas selesai bekerja, tiba-tiba telah ditolak dari arah belakang oleh suspek, seorang lelaki yang dipercayai warga asing.
"Mangsa cedera di belakang kepala, bibir selain bengkak pada bahagian dahi dan muka akibat terjatuh dan dipijak ke dalam longkang sedalam dua meter itu, telah dirawat di sebuah hospital swasta dan dibenarkan keluar pada pada Sabtu lalu," kata beliau.
Beliau berkata pihaknya kini giat memburu suspek yang terlibat serta menyiasat kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.
Topic Berkaitan
#abdul samad salleh
#Facebook
#perempuan
#pukul
#remaja
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan