awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes salah laku seks: Personaliti program realiti ditahan semula

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/12/2020
04:01 MYT
Kes salah laku seks: Personaliti program realiti ditahan semula
Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya akan membawa suspek ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin untuk mendapatkan perintah tahanan reman. - Gambar fail/BERNAMA
PETALING JAYA:Seorang personaliti program televisyen yang tamat perintah reman berhubung kes salah laku seks membabitkan laporan terhadapnya di Shah Alam ditahan semula oleh polis Petaling Jaya, hari ini.
Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan semula berhubung dua laporan membabitkan satu dakwaan merogol dan satu lagi cabul dan seks luar tabii.
Ketua Polis Daerah Petaling, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya akan membawa suspek ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin untuk mendapatkan perintah reman bagi dua laporan itu.
"Kita tahan semula suspek berhubung dua laporan di Petaling Jaya dan akan membuat permohonan reman esok," katanya di sini, pada Ahad.
Suspek yang pernah menyertai sebuah rancangan realiti berkonsep agama pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon itu sebelum ini direman sehingga Ahad bagi membantu siasatan kes di bawah kesalahan seksual seperti Seksyen 376 ( rogol), 354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) mengikut Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, Nik Ezanee mengesahkan, pihaknya menerima dua lagi laporan polis terhadap selebriti itu.
Kes rogol dilaporkan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang.
Dalam kejadian 22 Oktober lalu itu, mangsa diajak keluar makan malam oleh suspek untuk menyambut hari lahirnya di sebuah restoran di Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam sebelum diajak ke sebuah rumah di Damansara Perdana dan dirogol.
Kes kedua berkaitan cabul dan seks luar tabii pula dilaporkan seorang penuntut kolej swasta yang juga berusia 22 tahun pada 17 Oktober lalu.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana, untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan.
Semasa di rumah suspek, mangsa dicabul selain turut dipaksa melakukan seks oral.
Topic Berkaitan
#IPD Petaling Jaya
#cabul
#rogol
#pendakwa selebriti
#Tahanan reman
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan