awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard

Bernama
Bernama
20/05/2024
09:40 MYT
Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard
Abdul Wahab (kanan) gagal menunjukkan terdapat risiko bahawa 'Che'gu Bard' akan menerbitkan kenyataan-kenyataan yang akan memfitnahnya.
KUALA LUMPUR: Bekas pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abd Kader Jilani hari ini gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Badrul Hisham Shaharin daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung video yang didakwa mengandungi perbualan lucah dengan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Wahab gagal menunjukkan terdapat risiko bahawa Badrul Hisham atau 'Che'gu Bard' akan menerbitkan kenyataan-kenyataan yang akan memfitnahnya.
"Mahkamah mendapati pihak plaintif (Abdul Wahab) pada tahap ini telah gagal mematuhi kehendak-kehendak ketat di bawah Aturan 29 Kaedah 1(2A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang wajib dipatuhi," katanya.
Sehubungan itu, Roz Mawar menolak permohonan Abdul Wahab dan memerintahkannya membayar kos RM10,000 kepada Badrul Hisham.
Pada prosiding sama, Abdul Wahab turut gagal mendapatkan perintah mahkamah agar Badrul Hisham memadamkan hantaran di laman sosial Facebook milik defendan berhubung rakaman video tersebut.
Mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan saman tersebut selama tiga hari pada 2, 3 dan 4 September 2025 serta menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 3 Julai ini.
Pada prosiding hari ini, Abdul Wahab diwakili peguam Arief Firdaus Ashikin manakala peguam Muizzudin Schanni Feizal dan Zul Azrai Zolkapli mewakili Badrul Hisham.
Pada 22 Dis tahun lepas, Abdul Wahab memfailkan saman terhadap Badrul Hisham dengan mendakwa defendan telah menerbitkan, menyiarkan dan mendedahkan penyataan-penyataan fitnah dalam bentuk video terhadap plaintif melalui hantaran yang dibuat menerusi laman Facebook defendan atas nama 'Che GuBard' dan 'Che'GuBard Official' untuk tontonan masyarakat umum.
Dakwa plaintif, video itu menggambarkan seolah-olah beliau bersama Mohammad Agus sedang berbual secara lucah, yang bertujuan menunjukkan kononnya plaintif terlibat dengan aktiviti tidak bermoral atau aktiviti homoseksual.
Selain itu, Abdul Wahab mendakwa Badrul Hisham juga telah menerbitkan semula video hantaran Facebook tersebut di dalam Telegram defendan atas nama "Che'gu bard Original" yang mana Badrul Hisham mempunyai akses dan kawal penuh ke atas laman-laman tersebut serta menerbitkan pernyataan-pernyataan fitnah bagi meraih manfaat untuk dirinya dalam bentuk populariti dan kedudukannya dalam kalangan pengikutnya.
Sehubungan itu, Abdul Wahab menuntut antaranya, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sebanyak RM5 juta serta ganti rugi am dibayar oleh defendan selain menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada defendan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pegawai J-KOM
#Abdul Wahab Abd Kader Jilani
#perintah injunksi
#Che'gu Bard
#video perbualan lucah
#Mohammad Agus Yusoff
#saman fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan