awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes saman selesai, Caprice mohon maaf kepada SM Faisal

Bernama
Bernama
04/08/2023
07:30 MYT
Kes saman selesai, Caprice mohon maaf kepada SM Faisal
Pada 15 Ogos 2022, SM Faisal menyaman Caprice atas dakwaan artis berkenaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes bekas isterinya Emilia Hanafi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap Caprice, selesai secara baik selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili SM Faisal selaku plaintif berkata kedua-dua pihak, telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman itu.
Beliau berkata antara terma yang dipersetujui termasuk defendan iaitu Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, perlu memuat naik permohonan maaf di Instagram miliknya dalam tempoh 48 jam, manakala terma-terma lain termasuk kos, tidak boleh didedahkan secara terperinci.
"Defendan juga telah membuat permohonan maaf kepada plaintif, secara bersemuka," katanya kepada pemberita selepas prosiding penyelesaian kes direkodkan di dalam kamar Hakim Azian Othman, yang turut dihadiri peguam Harjoth Singh mewakili Ariz.
Pada 15 Ogos 2022, SM Faisal menyaman Caprice atas dakwaan artis berkenaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes bekas isterinya Emilia Hanafi.
Plaintif memohon ganti rugi am, punitif, teladan, teruk dan kos, selain perintah injunksi supaya defendan mengeluarkan dan memadamkan hantaran fitnah itu.
Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, SM Faisal berkata beliau gembira kes saman itu akhirnya dapat diselesaikan secara baik, manakala Ariz memberitahu dia akan memuat naik permohonan maaf terhadap plaintif dalam Instagram miliknya.
Semakan di Instagram milik Caprice mendapati penyanyi itu telah memuat naik permohonan maaf yang sebagaimana dipersetujui kedua-dua pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Caprice
#SM Faisal
#kes saman
#minta maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan