KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas pembantu penyelidik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther, untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas Presiden PKR itu.
Permohonan itu adalah berhubung saman yang dikemukakan oleh Muhammed Yusoff pada 14 Julai 2021 mengenai dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman ahli politik tersebut empat tahun lepas.
Anwar kemudian memfailkan saman balas terhadap saman yang dikemukakan Muhammed Yusoff.
Peguam Mahajoth Singh, yang mewakili Muhammed Yusoff, ketika dihubungi pemberita berkata Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee menolak permohonan anak guamnya dengan kos RM3,500.
"Defendan ada memfailkan dua permohonan iaitu penzahiran dokumen dan interlokutori. Kedua-dua permohonan itu akan didengar pada 23 Sept ini di hadapan hakim sama secara dalam talian (Zoom)," katanya selepas pengurusan kes melalui sidang video di hadapan Lee yang turut disertai peguam Navpreet Singh bagi pihak Anwar.
Dalam pernyataan tuntutannya, Muhammed Yusoff mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Okt 2018 di kediaman Anwar di Segambut apabila beliau diminta oleh setiausaha sulit Anwar iaitu Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India kepada defendan.
Plaintif, yang meletak jawatan pada 24 Jun 2019, berkata satu laporan polis telah dibuat terhadap Anwar pada 7 Dis 2019 .
Jabatan Peguam Negara kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa Anwar.
Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, beliau dituduh berkomplot untuk menjatuh dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin yang menyokong Anwar serta orang awam.
Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi khas, umum, teruk dan teladan, faedah, kos serta relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Yusoff Rawther (kanan), untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas Anwar. - Gambar fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri
Thomas mendakwa Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.
Kes saman ibu model Belanda Ivana: Kerajaan cadang penyelesaian mediasi
Kerajaan Malaysia mencadangkan penyelesaian secara mediasi dalam saman yang difailkan ibu kepada model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit terhadap polis, KDN dan kerajaan.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan.
Fahmi Fadzil mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicarakan bersama
Fahmi Fadzil akan memfailkan permohonan supaya kes samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, Ahmad Dusuki Abd Rani dan Mohd Fauzan Madzlan dibicara bersama.
Kes saman penulis skrip terhadap Amelia Henderson gagal selesai secara baik
Kes saman difailkan seorang penulis skrip drama terhadap pelakon Amelia Henderson akan diteruskan dengan perbicaraan.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.