awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes saman SRC terhadap Najib ditangguh, saksi dijangkiti Influenza A

Sinar Harian
Sinar Harian
13/10/2025
08:00 MYT
Kes saman SRC terhadap Najib ditangguh, saksi dijangkiti Influenza A
SRC dan Gandingan Mentari menuntut semula RM42 juta yang didakwa diseleweng, dengan Najib dituduh melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kes saman SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, ditangguhkan kepada 6 November depan, selepas seorang saksi dijangkiti Influenza A.

Ringkasan AI
  • Perbicaraan kes saman SRC terhadap Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke 6 November kerana saksi utama dimasukkan ke hospital akibat Influenza A.
  • Hakim menegur kelewatan dan pengurusan saksi yang tidak teratur, sambil menekankan kepentingan kehadiran saksi walaupun berada di luar negara.
  • SRC dan Gandingan Mentari menuntut semula RM42 juta yang didakwa diseleweng, dengan Najib dituduh melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa.

Peguam, Kwan Will Sen yang mewakili SRC dan anak syarikat, Gandingan Mentari Sdn Bhd selaku plaintif memberitahu, akibat jangkitan berkenaan, saksi keduanya, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman dimasukkan ke hospital pada Ahad.
Beliau berkata, surat makluman mengenai keadaan Shamsul yang ketika kejadian selaku Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd telah dikemukakan kepada mahkamah pada hari sama.
“Saksi ini dimasukkan ke sebuah hospital di Shah Alam kerana menghadapi komplikasi jantung akibat Influenza A,” katanya.
Sementara itu, peguam, Lim Sze Han bagi pihak ketiga berkata, seorang lagi saksi, bekas Pengarah SRC, Datuk Suboh Md Yassin yang sepatutnya memberi keterangan pada Isnin, tidak dapat hadir untuk prosiding pada waktu pagi kerana berada di Johor.
“Beliau hanya bersedia memberi keterangan pada waktu tengah hari,” katanya.
Bagaimanapun, Hakim, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan menegur pihak-pihak kerana gagal merancang kehadiran saksi dengan teratur.
Beliau berkata, kes yang sepatutnya bermula Januari lalu namun tertangguh agak lama dan hanya bermula pada dua bulan lalu.
“Jika ada masalah, saksi perlu bersedia untuk hadir ke mahkamah, sekalipun berada di Hawaii.
“Mahkamah tidak berkelapangan kerana selepas ini ada prosiding berkaitan 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya.
Mahkamah sepatutnya mendengar perbicaraan saman SRC dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd terhadap bekas Ahli Parlimen berkenaan, untuk mendapatkan kembali RM42 juta yang didakwa diseleweng daripada akaun syarikat induk itu.
Saman berkenaan difailkan pada Mei 2022, mendakwa Najib melakukan pecah amanah, menerima dana dengan pengetahuan, salah laku dan salah guna kuasa berhubung penyelewengan dana SRC. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#saman SRC terhadap Najib
#kes ditangguh
#saksi dijangkiti Influenza A
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan