MALAYSIA
Kes saman Tun M terhadap Anwar berlangsung kurang 30 minit
Dr Mahathir beredar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa selepas perbicaraan hari pertama kes samannya terhadap Anwar.
SHAH ALAM: Prosiding hari pertama kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, berhubung ucapan Perdana Menteri ke-10 itu dalam Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: 'Perlaksanaan Sebuah Idealisme' berlangsung kurang 30 minit.
Ringkasan AI
Selepas menjawab tiga soalan tambahan daripada peguamnya, Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada 10 Julai lalu berkata, beliau tidak bertenaga untuk meneruskan prosiding soal balas daripada pihak yang mewakili Ahli Parlimen Tambun.
“Saya baru sahaja makan ubat maka saya tidak dapat berfungsi sepenuhnya dan tiada kekuatan untuk bercakap," katanya semasa prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Donald Joseph Franklin.
Susulan itu, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili bekas Ahli Parlimen Langkawi itu memohon mahkamah menangguhkan prosiding terbabit.
Ia tidak mendapat bantahan daripada peguam, Ranjit Singh yang mewakili Anwar, 78.
Donald kemudiannya membenarkan prosiding berkenaan ditangguhkan dan bersambung Khamis ini dengan pihak defendan menyoal balas Dr Mahathir yang juga saksi plaintif pertama.
Semasa sidang akhbar, Muhammad Rafique berkata, Dr Mahathir sihat namun memerlukan rehat yang secukupnya.
“Beliau telah mengambil cuti separuh hari dan dijangka kembali cergas dalam prosiding soal balas oleh peguam defendan, Khamis ini,” katanya.
Dalam dokumen yang difailkan pada 3 Mei 2023, Dr Mahathir memfailkan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan berkenaan.
Dr Mahathir sebagai plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Anwar selaku defendan tunggal.
Dalam pernyataan tuntutan, Dr Mahathir mendakwa Anwar telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.
Menurut beliau, antaranya termasuk kenyataan kononnya plaintif ‘membolot’ harta untuk anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu yang berpangkat tinggi.
Sedangkan katanya, kenyataan berkenaan tidak benar dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Anwar yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam penyataan pembelaan, 14 Jun tahun sama mendakwa saman Dr Mahathir sebagai melemahkan kredibilitinya selaku Perdana Menteri selain mewujudkan perpecahan kaum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Anwar berkata, berdasarkan Sijil Perakuan Segera yang difailkan plaintif, ia menyatakan tindakan saman mesti dilupuskan dengan segera kerana (ketika itu) enam negeri akan membubarkan sidang DUN bagi memberi laluan kepada PRN.
Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Selain itu, beliau turut membangkitkan isu pemberian kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn Bhd yang mana anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz adalah pengarah syarikat tersebut pada 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Prosiding hari pertama kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan selepas berlangsung kurang 30 minit apabila Dr Mahathir memaklumkan beliau tidak bertenaga untuk meneruskan soal balas.
- Dr Mahathir memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung ucapan dalam Kongres Nasional Khas Malaysia Madani, menuntut ganti rugi RM150 juta atas dakwaan kenyataan berunsur fitnah yang menjejaskan reputasinya sebagai bekas Perdana Menteri.
- Mahkamah menetapkan prosiding bersambung Khamis ini untuk soal balas oleh pihak defendan, manakala peguam Dr Mahathir memaklumkan beliau sihat tetapi memerlukan rehat mencukupi sebelum meneruskan keterangan sebagai saksi plaintif pertama.