[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Bukit Aman Ambil Alih Siasatan – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Kes samun: Mangsa diugut tiada kaitan dengan kes mahkamah Guan Eng - Polis

Yasmin Natasha 11/08/2025 | 09:45 MYT
Shazeli bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SEPANG : Ugutan penjenayah berkumpulan bersenjata parang yang melakukan kes samun di sebuah rumah di Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya, Rabu lalu, tiada kaitan dengan peranan mangsa sebagai saksi utama perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Ringkasan AI
  • Polis mengesahkan insiden samun oleh kumpulan penjenayah bersenjata parang di rumah seorang saksi kes rasuah Lim Guan Eng tidak berkait dengan perbicaraan tersebut.
  • Penjenayah memecah masuk rumah, mencederakan penghuni dan pengawal keselamatan, serta melarikan barangan berharga dari peti besi sebelum melarikan diri melalui laluan hutan.
  • Siasatan dijalankan mengikut peruntukan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan kerana melakukan samun berkumpulan dengan senjata


Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, setakat ini polis telah merakam keterangan 16 saksi.

Menurutnya, polis telah melaksanakan siasatan di tempat kejadian, namun masih belum ada petunjuk positif mengenai suspek setakat ini.

“Setakat ini belum ada tangkapan dan kes itu membabitkan kehilangan barang berharga.

“Berdasarkan siasatan, ugutan yang diterima mangsa adalah ‘jangan buat bising’ dan ‘duduk diam-diam’ yang lebih kepada percakapan suspek. Banyak kes juga begitu bagi memastikan suspek mendapat kerjasama mangsa,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Isnin.

Malah, Shazeli menegaskan, siasatan awal tidak dapat mengaitkan kejadian itu dengan perbicaraan kes Lim Guan Eng.

Pada 6 Ogos lalu, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat kejadian tersebut pada jam 7.20 pagi.

Beberapa penjenayah bersenjatakan parang dan memakai penutup muka memecah masuk rumah berkenaan sebelum melarikan barangan berharga yang disimpan di dalam peti besi.

Penjenayah turut mencederakan seorang penghuni, dua pengawal keselamatan dan pemandu peribadi sebelum melarikan diri menggunakan laluan hutan di bahagian belakang rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.






#Lim Guan Eng #penjenayah bersenjata #Shazeli Kahar #Jalan Bukit Gasing