awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Sanusi: APHR desak Malaysia pinda Akta Hasutan

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2023
11:57 MYT
Kes Sanusi: APHR desak Malaysia pinda Akta Hasutan
Menurut APHR, klausa-klausa yang disebut di bawah akta berkenaan adalah tidak jelas dan membawa maksud yang terlalu luas. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR) mendesak kerajaan Malaysia untuk memindah Akta Hasutan yang disifatkan sebagai senjata kepada pemerintah untuk menyerang pihak pembangkang.
Menurut APHR, klausa-klausa yang disebut di bawah akta berkenaan adalah tidak jelas dan membawa maksud yang terlalu luas.
Merujuk kepada penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, APHR berkata, walaupun sesuatu pandangan itu dianggap kasar bagi sesetengah pihak, namun sekiranya ia disuarakan dalam suasana aman, ia tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan untuk didakwa di bawah akta berkenaan.
"Kami amat prihatin dengan penahanan Muhammad Sanusi di bawah Akta Hasutan.
"Kami berpendapat menyuarakan pendapat politik secara aman, walaupun pendapat itu dianggap kasar oleh sesetengah orang, ia tidak seharusnya tidak menjadi alasan untuk disiasat mengikut Akta Hasutan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
APHR menambah, kerajaan semasa seharusnya mengimbas kembali bagaimana akta tersebut digunakan ke atas mereka sewaktu berada di blok pembangkang serta menunjukkan komitmen mereka terhadap hak asasi dan kebebasan suara," ujarnya.
Pada Selasa, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN),didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Selayang atas dua pertuduhan menghasut.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan, mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam ceramah politik, minggu lalu.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Mahkamah Sesyen
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan