Seorang pembantu warden berusia 40 tahun di sebuah madrasah di Kota Tinggi, Johor ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang pelajar yang disebat hingga membawa kepada masalah kesihatan yang teruk.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman menerusi satu kenyataan berkata, pembantu warden berkenaan ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi pada jam 4 petang.

Jelasnya lagi, kertas siasatan telah dibuka bagi membuat siasatan terhadap satu laporan pada Selasa lalu.

Hasil siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mendapati pembantu warden itu telah memukul mangsa serta 15 pelajar lain pada bahagian kaki kerana membuat bising di surau pada tiga minggu lepas.

Pada ketika itu, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan sehingga mengadu mengalami sakit dan bengkak di bahagian kaki pasa 17 April seterusnya dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail pada 19 April.

Pihak polis juga telah mengambil rakaman CCTV sementara menunggu laporan penuh daripada hospital.

Jelasnya kes disiasat mengikit Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

BACA: Pelajar tahfiz alami cacat kekal, pembantu warden madrasah disiasat