MALAYSIA
Kes seleweng dana NGO, SPRM tahan pengerusi
Suspek direman tujuh hari hingga Khamis depan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Melaka pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan menyeleweng dana milik NGO berkenaan.
Majistret N.Sivashangari membenarkan suspek direman tujuh hari hingga Khamis depan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Melaka pagi tadi.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sekitar 6.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.
"Semalam SPRM telah menahan reman empat individu kerana disyaki terbabit salah guna kuasa dengan menyeleweng dana milik NGO di tempat mereka bekerja. Susulan tangkapan itu, SPRM telah mendapat maklumat tambahan bahawa pengerusi ini telah bersubahat dengan keempat-empat suspek terbabit," katanya.
Sumber itu berkata suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2015 hingga 2025.
Sementara itu Pengarah SPRM Selangor Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.