MALAYSIA
Kes serangan anak Rafizi: Ismail Sabri lapor polis, sifatkan artikel palsu, berniat jahat
Ismail pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada Rafizi kerana menjelaskan skandal yang sedang beliau teliti tidak mempunyai kaitan dengan Ahli Parlimen Bera itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri membuat laporan polis terhadap sebuah laman Facebook yang memuat naik dua artikel palsu serta fitnah mengaitkan beliau dengan kejadian yang menimpa anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli serta skandal membabitkan sebuah syarikat swasta.
Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Akhbar beliau pada Isnin (18 Ogos).
Ismail Sabri turut menyifatkan keseluruhan kandungan artikel yang dimuat naik dalam laman Facebook tersebut adalah tidak benar sama sekali dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi serta nama baik beliau.
Tambahnya, laporan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Facebook supaya tindakan segera diambil terhadap laman serta pengendali atau pemiliknya.
Sehubungan itu beliau memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci dan mengambil
tindakan tegas terhadap pemilik atau pengendali akaun Facebook berkenaan serta mana-mana pihak yang menyebarkan artikel terbabit.
"Saya juga telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya terhadap pihak terbabit," katanya.
Beliau pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli kerana menjelaskan bahawa skandal yang sedang beliau teliti tidak mempunyai kaitan dengan Ahli Parlimen Bera itu.
Terdahulu, Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan menerusi satu hantaran video di media sosialnya turut menafikan pembabitan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau membuat pengumuman berkenaan susulan pelbagai tuduhan berlegar yang mendakwa skandal tersebut adalah berkaitan Ismail Sabri dan Khairy.
Malah, Rafizi memakumkan sudah berhubung dengan Ismail Sabri dan menyokong tindakan untuk membuat laporan polis berkaitan berita palsu yang tersebar.