MALAYSIA
Kes serangan anak Rafizi: Siasatan dijalankan dari semua sudut - Pengarah JSJ
Kumar (kiri) memaklumkan siasatan berhubung serangan fizikal ke atas anak Rafizi akan dilakukan secara menyeluruh dari semua sudut. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar memaklumkan, siasatan berhubung serangan fizikal ke atas anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli akan dilakukan secara menyeluruh dari semua sudut.
Ringkasan AI
Kumar berkata, ketika ini siasatan masih berjalan dan akan dijalankan secara telus dan rapi.
“Kita sedang siasat dari semua sudut. Siasatan masih berjalan. Sebarang perkembangan saya akan maklum dari semasa ke semasa,” katanya ringkas kepada Astro AWANI.
Kes berprofil tinggi ini menyaksikan anak Rafizi yang berusia 12 tahun diserang oleh dua individu berpakaian hitam dan bertopi keledar di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya di mana mangsa dikatakan diheret dan dicucuk dengan jarum suntikan oleh salah seorang suspek.
Siasatan kes serangan terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan itu kini diambil JSJ Bukit Aman.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata semalam, penyerahan kes itu kepada Bukit Aman selaras keperluan siasatan yang lebih menyeluruh dan berpusat.
Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Terdahulu, Rafizi tidak menolak kemungkinan serangan dibuat terhadap anak lelakinya disebabkan pertemuannya bersama satu kumpulan pendedah maklumat atau 'whistleblower' berkait sebuah skandal.
Rafizi mendakwa, ia juga cubaan untuk menutup mulutnya mengenai perkara berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan polis sudah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.
Ringkasan AI
- Anak Rafizi Ramli diserang secara fizikal oleh dua individu di pusat beli-belah Putrajaya, termasuk dicucuk dengan jarum suntikan.
- Siasatan kes diambil alih oleh JSJ Bukit Aman dan dijalankan secara menyeluruh serta telus dari semua sudut.
- Rafizi kaitkan serangan dengan pertemuannya bersama kumpulan pendedah maklumat berkait skandal, dan enam individu telah dirakam keterangan.