awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Shahrir Samad: Pendakwaan akan serah pernyataan saksi kepada pembelaan

Bernama
Bernama
02/09/2021
11:26 MYT
Kes Shahrir Samad: Pendakwaan akan serah pernyataan saksi kepada pembelaan
Shahrir didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam kes bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad yang didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan menyerahkan pernyataan saksi pendakwaan kepada pasukan pembelaan sebelum perbicaraan bermula pada 6 April 2022.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali memaklumkan perkara itu semasa pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh hari ini, yang turut dihadiri peguam Syahrul Syazwan Salehin yang mewakili Shahrir.
"Pihak kami akan menyerahkan pernyataan saksi-saksi pendakwaan kepada pembelaan kelak," kata Mohd Afif.
Sementara itu, Syahrul Syazwan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih belum memperoleh pernyataan fakta yang memihak kepada tertuduh berdasarkan Seksyen 51A (1) (c) Kanun Tatacara Jenayah.
Hakim Ahmad Shahrir mengarahkan pihak pendakwaan supaya menyerahkan pernyataan fakta itu sebelum atau pada 16 Sept ini dan menetapkan 8 Feb 2022 untuk pengurusan kes selanjutnya.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh.
Beliau yang didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shahrir Ab Samad
#bekas pengerusi Felda
#Najib Razak
#LHDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan