MALAYSIA
Kes Shila Amzah: Polis mungkin panggil semula artis legenda
Shila sebelum ini mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh seorang artis bertaraf legenda ketika sesi latihan bagi sebuah konsert. - Foto Instagram Shila
KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula seorang artis legenda untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes serangan secara verbal terhadap penyanyi Shila Amzah.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kemungkinan untuk artis itu dirakam keterangan sekali lagi adalah susulan satu laporan dibuat olehnya berhubung insiden itu.
"Setakat ini, kita sudah merakamkan empat keterangan dan akan memanggil beberapa individu lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kertas siasatan membabitkan kes itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Shila sebelum ini mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh seorang artis bertaraf legenda ketika sesi latihan bagi sebuah konsert.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
-- BERNAMA