MALAYSIA
Kes SRC International Najib: Saya tak nak masuk campur - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa bertemu dan beramah mesra bersama orang ramai ketika menikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu masuk campur urusan Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Razak daripada tuduhan pengubahan wang haram.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim enggan campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib Razak daripada tuduhan pengubahan wang haram dana SRC International.
- Hakim K. Muniandy membenarkan permohonan DNAA atas alasan kes telah berlarutan selama enam tahun dan dokumen berkaitan sudah tersebar di pelbagai prosiding mahkamah.
- Anwar menegaskan bahawa keputusan tersebut adalah urusan Peguam Negara dan bukan bidang kuasa beliau sebagai Perdana Menteri.
Pada Jumaat, Hakim K.Muniandy membenarkan permohonan pihak pembelaan Najib, 72, supaya bekas Ahli Parlimen Pekan itu dilepas tanpa dibebaskan.
“Tertuduh dilepas daripada semua pertuduhan dan diperintahkan DNAA. Pendakwaan masih boleh meneruskan kes ini jika bersedia kelak,” kata hakim.
Pada minggu lalu, peguam Najib memohon anak guamnya dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dengan alasan tuduhan terhadap anak guamnya sudah mengambil masa selama enam tahun.
Jelasnya lagi, dokumen berkaitan kes SRC pertama sudah tersebar di pelbagai mahkamah, termasuk Mahkamah Persekutuan dan dalam prosiding sivil.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami