PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan dana SRC International Sdn Bhd bukan demi kepentingan negara tetapi hanya memalukan negara.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata Najib terlibat secara aktif dalam memastikan RM4 bilion pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC International disalurkan kepada syarikat itu tetapi selepas dana itu dikeluarkan, perayu (Najib) tidak mengambil peduli mengenai dana tersebut.
Dalam penghakiman 54 muka surat, Hakim Abdul Karim berkata bekas perdana menteri itu tidak menyoal SRC International tentang apa yang berlaku kepada dana itu, mahupun bagaimana ia digunakan dan bagi tujuan apa.
"Malah, beliau mengarahkan Menteri Kewangan kedua ketika itu (Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah) supaya tidak mengambil tahu hal SRC.
"Kelakuan perayu boleh menunjukkan hanya satu perkara, iaitu sebaik sahaja dana itu telah diperoleh SRC International, yang perayu mempunyai kawalan penuh, beliau bebas menggunakannya untuk kepentingan peribadi.
"Ini ditunjukkan melalui pengaliran RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadinya. Ini bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan telah dilakukan demi kepentingan negara. Tiada kepentingan negara di sini, cuma memalukan negara," kata Hakim Abdul Karim yang menyampaikan keputusan itu bersama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kes SRC International: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib
Hakim Abdul Karim berkata Najib mengambil bahagian dalam dua keputusan Kabinet untuk mengeluarkan dua jaminan kerajaan kepada KWAP supaya pinjaman yang diberikan oleh KWAP kepada SRC tidak boleh dipertikaikan.
Beliau berkata keterangan menunjukkan perayu bukan sahaja hadir tetapi mempengerusikan dua mesyuarat Kabinet yang diadakan pada 17 Ogos 2011 serta 8 Feb 2012, dan dengan itu terlibat dalam keputusan Kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan tersebut yang memihak kepada KWAP.
Hakim berkata perkara itu disahkan oleh Tan Sri Mazidah Abdul Majid (saksi pendakwaan ke-40) yang ketika itu merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri.
"Menurut Mazidah, perayu juga tidak mengisytiharkan kepentingannya dalam kedua-dua keputusan Kabinet, tidak juga menarik diri daripada perbincangan berhubung dua perkara ini dalam agenda, dan tidak juga meninggalkan mesyuarat.
Perbuatan sebegitu akan menghalang perayu dan akan menunjukkan ke arah pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," katanya.
Hakim juga bersetuju dengan hakim perbicaraan bahawa terdapat bukti kukuh yang jelas menunjukkan kepentingan peribadi perayu dalam keputusan Kabinet untuk mengeluarkan dua jaminan kerajaan itu.
Beliau berkata berkata hakim Mahkamah Tinggi membuat kesimpulan daripada keterangan mengenai peranan dan penglibatan perayu dalam penubuhan SRC, geran penubuhan awal, pinjaman KWAP, pengaturan jaminan kerajaan serta struktur pemilikan dan tadbir urus SRC, dan kawalan ke atas dana SRC dan pengaliran sebahagian daripada dana SRC ke dalam akaun peribadi perayu membuktikan fakta bahawa perayu mempunyai kepentingan dalam SRC yang melebihi kepentingan jawatan awamnya.
"Kami mendapati tiada sebab yang kukuh untuk tidak bersetuju dengan penemuan itu," katanya sambil menambah bahawa panel hakim juga bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Najib gagal menunjukkan tindakannya yang membawa kepada keputusan Kabinet untuk memberikan dua jaminan kerajaan dilakukan demi kepentingan Kerajaan Malaysia.
Hakim itu berkata dalam rayuan ini, penglibatan perayu dalam jenayah itu dapat dilihat sejak penubuhan SRC International sehinggalah kelulusan pinjaman KWAP yang dijamin oleh jaminan kerajaan.
Beliau berkata Najib terlibat dalam kelulusan itu, sehingga sebahagian daripada dana SRC International berjumlah RM42 juta dimasukkan ke dalam akaun banknya untuk kepentingan dan faedah peribadinya
Oleh itu, hakim berkata panel hakim mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah betul sepenuhnya dalam mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 tanpa keraguan munasabah.
"Pihak pendakwaan telah mewujudkan kes prima facie dan kes pembelaan telah dipertimbangkan sepenuhnya oleh yang arif hakim perbicaraan.
"Akhirnya, hakim perbicaraan berpuas hati, sama seperti kami, bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan pertuduhan melampaui keraguan munasabah. Secara keseluruhan, kami dapati sabitan itu selamat," katanya ketika menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika gagal penjara lima tahun, kerana menyalah guna kedudukan.
Najib, 68, bekas perdana menteri dan menteri kewangan pertama di negara ini yang dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 28 Julai 2020, menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib selepas mendapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan.
Bagaimanapun, Najib hanya akan menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah Hakim Mohd Nazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
Najib, 68, bekas perdana menteri dan menteri kewangan pertama di negara ini yang dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara. - Gambar fail/ Bernama
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Permohonan Najib bagi semakan sabit kes SRC kini ditetapkan sehari pada 19 Jan
Sebelum ini mahkamah menetapkan tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 26 Jan untuk mendengar permohonan semakan bekas Perdana Menteri itu.
Rayuan SRC: Muhammad Shafee tampil pada saat akhir mohon penangguhan, namun ditolak mahkamah
Panel hakim menolak permohonan Hisyam Teh yang menjemput Muhammad Shafee kembali bersama pasukan pembelaan.
Rayuan kes SRC: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib
Firma guaman yang baharu dilantik untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd menafikan dakwaan bahawa ia akan menarik diri.
Kes SRC International: 'Saya sedia hadapi ujian dengan tenang dan reda' - Najib
Najib bersedia menerima apa sahaja keputusan berhubung sabitan salah dan hukuman atas tujuh kesalahan penyelewengan dana.
Kes SRC International: Mahkamah Rayuan tolak permohonan masukkan bukti baharu
Ia selepas panel tiga hakim mendapati Najib gagal menunjukkan bukti itu adalah perlu dan tiada keadaan istimewa bagi membolehkan ia diterima mahkamah.
Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan bagi bela diri kes SRC
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan untuk membela diri dalam kes SRC International.
Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.