Kes SRC International: Bukti baharu boleh dipercayai - Muhammad Shafee

Astro Awani
Disember 7, 2021 07:12 MYT
Ujar Shafee, Mahkkamah Rayuan sewajarnya mendengar bukti yang dikemukakan dan menerima masuk bukti berkenaan dalam rayuan Najib. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan bukti baharu yang hendak dimasukkan dalam rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bukti yang boleh dipercayai.
Dalam hujahannya, beliau berkata, Mahkkamah Rayuan sewajarnya mendengar bukti yang dikemukakan dan menerima masuk bukti berkenaan dalam rayuan Najib, yang bakal diputuskan esok.
BACA: Kes SRC Najib: Pendakwa Raya sifatkan tambah bukti baharu "berniat jahat"
BACA: Perbicaraan SRC diteruskan dalam talian atau waran tangkap untuk Najib akan dikeluarkan - Mahkamah
Jelasnya, permohonan anak guamnya itu adalah memenuhi peruntukan undang-undang untuk diterima mahkamah.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan berhenti rehat sebentar sebelum keputusan dimaklumkan.
BACA: Peguam Najib positif COVID-19 menjelang keputusan rayuan kes SRC International
BACA: Sabitan hukuman seleweng dana SRC, nasib Najib diketahui esok
#SRC International #Najib Razak #Muhammad Shafee Abdullah #Mahkamah Rayuan