Kes SRC Najib: Mahkamah Tinggi Jalan Duta jadi tumpuan media lagi

Hasimi Muhamad
April 3, 2019 04:35 MYT
Perbicaraan akan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kira-kira pukul 2 petang, pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Kalau 10 tahun lalu, tarikh ini menjadi hari bersejarah buat Datuk Seri Najib Tun Razak apabila dilantik sebagai Perdana Menteri keenam, dan kali ini tarikh sama pula menjadi hari paling mencabar buat bekas Perdana Menteri itu.
Najib, 66, berhadapan tujuh pertuduhan berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan akan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kira-kira pukul 2 petang, pada Rabu.
Tinjauan Astro AWANI setakat jam 12 tengah hari mendapati perkarangan luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta telah dipenuhi pengamal media pelbagai agensi yang mula berkumpul di sini seawal jam 10.30 pagi lagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perbicaraan kes SRC Najib

12:26 pm: Kawalan keselamatan di luar Kompleks Mahkamah masih belum ketat kerana pihak polis atau pasukan petugas khas jenayah masih belum tiba di sini. pic.twitter.com/hh2VUdjyhT

— Hasimi Muhamad (@KeyMieMuhamad) April 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, masih belum kelihatan mana-mana penyokong dan pemimpin UMNO datang untuk memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu.
Begitu juga kawalan keselamatan di luar Kompleks Mahkamah masih belum ketat kerana pihak polis atau pasukan petugas khas jenayah masih belum berada di sini.
Namun, Astro AWANI difahamkan anggota keselamatan kini dalam perjalanan dan dijangka tiba pada bila-bila masa dari sekarang untuk mengawal keadaan di mahkamah.

Perbicaraan kes tujuh pertuduhan RM42 juta milik SRC International melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi akan berlangsung hari ini. pic.twitter.com/u0FCQNPiX5

— Hasimi Muhamad (@KeyMieMuhamad) April 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Astro Awani #BossKuatDuta #kes SRC Najib #mahkamah #Mahkamah Tinggi #Najib Razak #NajibatDuta #Perdana Menteri #SRC International #UMNO