awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes SRC: Najib mohon lebih masa untuk fail petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan

Bernama
Bernama
18/04/2022
10:20 MYT
Kes SRC: Najib mohon lebih masa untuk fail petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan
Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon lanjutan masa selewat-lewatnya hingga 25 April ini untuk memfailkan petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Berdasarkan afidavit sokongan yang diperoleh media hari ini , Najib berkata alasan penghakiman yang disediakan oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan mengandungi 176 jilid keseluruhannya dan pihak pembelaan menerimanya pada 31 Mac lepas.
"Ia adalah mustahil untuk pasukan pembelaan saya meneliti rekod rayuan yang diterima dan menyediakan petisyen rayuan yang lengkap dalam masa yang singkat bagi menangani segala isu yang telah diketengahkan oleh Hakim - hakim Mahkamah Rayuan.
Alasan penghakiman tersebut perlu diteliti dengan memeriksa nota prosiding pada kedua-dua peringkat prosiding bagi memastikan ketepatan dalam dapatan fakta, inferens yang dibuat dan undang-undang yang terpakai," kata Ahli Parlimen Pekan itu.
Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Najib kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kes SRC
#kes najib
#Najib Razak
#bekas perdana menteri
#petisyen rayuan
#Mahkamah Persekutuan
#1MDB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan