KUALA LUMPUR: Peguam Diraja dari United Kingdom Jonathan James Laidlaw telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan terakhir beliau membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Menerusi notis itu, Laidlaw merayu terhadap keseluruhan keputusan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 21 Julai lepas yang menolak permohonannya tanpa kos.
Rayuan itu dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 19 Akta Profesion Undang-Undang 1976.
Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Pada 21 Julai lepas, Ahmad Kamal menolak permohonan itu atas alasan Laidlaw gagal membuktikan beliau memiliki kelayakan khas dan pengalaman untuk mengendali rayuan atau pertuduhan terhadap Najib yang membabitkan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 409 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
BACA: Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Najib memfailkan permohonan itu pada 31 Mei lepas bagi membolehkan Laidlaw mewakilinya dalam rayuan kes SRC atas beberapa alasan antaranya beliau memiliki kelayakan, pengalaman dan kepakaran khas yang tidak terdapat dalam kalangan peguam di Malaysia.
Melalui notis usul itu, Laidlaw memohon supaya diterima masuk dan didaftarkan bagi menjalankan amalan di Mahkamah Tinggi di Semenanjung Malaysia untuk bertindak sebagai peguam utama Najib dalam rayuan kes SRC di Mahkamah Persekutuan serta semua sebab atau perkara lain yang berkaitan dengannya.
Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atas bekas Perdana Menteri itu bagi kesalahan menyeleweng dana SRC International.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
Laidlaw merayu terhadap keseluruhan keputusan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 21 Julai lepas yang menolak permohonannya tanpa kos. - Gambar fail/REUTERS
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Keputusan rayuan kes SRC: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu dalam prosiding secara maya melalui zoom bermula jam 9 pagi tadi.
'Kluster Mahkamah': Polis nafi tidak ambil tindakan awal perhimpunan penyokong Najib
Datuk Mazlan berkata, penganjur perhimpunan akan dipanggil membantu siasatan kerana ingkar arahan yang sudah diberikan pihak berkuasa.
Najib bersalah: Satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia - PH
Majlis Presiden Pakatan Harapan menyifatkan keputusan kes SRC International terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia.
Kes SRC: AmBank didenda kerana gagal lapor transaksi curiga dalam akaun Najib - Saksi
AmBank cawangan Raja Chulan pernah dikenakan denda kerana gagal menghantar Laporan Transaksi Meragukan
Kes SRC: Pemegang akaun bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi
Pengurus AmBank cawangan Raja Chulan, R Uma Devi berkata, semua pemegang akaun bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi yang melibatkan akaun mereka.
Kes SRC: Keterangan antara saksi bercanggah
Berlaku percanggahan antara keterangan yang diberikan oleh saksi kedua, Azizul Adzani Abdul Ghafar dengan keterangan saksi ke-21, R Uma Devi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini.