awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPPO Reno15 Series 5G tampil gaya hidup trendy Gen Z
Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye
Sony dijangka mula jual kereta elektrik Afeela tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tampar pelanggan, MPH gantung khidmat pengawal keselamatan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/03/2019
08:31 MYT
Kes tampar pelanggan, MPH gantung khidmat pengawal keselamatan
MPH memaklumkan akan membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya. -Gambar/Google Maps
RANGKAIAN kedai buku terkemuka MPH akan menyiasat kes di mana seorang pelanggan mendakwa dikasari dua pengawal keselamatan.
Menerusi satu kenyataan, MPH memberitahu mereka mengambil maklum kejadian tersebut dan akan mengambil tindakan dengan sewajarnya.
"Kami berterima kasih di atas sikap prihatin anda dan membawa hal ini ke pengetahuan pihak pengurusan.
"Staf terbabit sudah digantung kerja buat sementara waktu sementara siasatan dilakukan," kata pihak pengurusan kedai buku itu.
Kejadian dilaporkan berlaku di MPH Nu Sentral pada Ahad di mana remaja berusia 13 tahun itu dikatakan telah ditampar sebanyak dua kali oleh pengawal keselamatan di situ.
Pengawal keselamatan itu mendakwa remaja berkenaan membawa keluar sebuah komik tanpa membuat bayaran terlebih dahulu, namun ibu remaja itu menyatakan ia satu salah faham dan anaknya sudah membuat bayaran.
"Dua orang pengawal keselamatan menarik anak saya masuk ke sebuah bilik untuk soal siasat dan tidak memberinya peluang untuk membuat penjelasan.
"Apabila mereka nampak sticker yang membuktikan buku itu sudah dibayar, mereka melepaskan anak saya tetapi langsung tidak meminta maaf," kata ibu remaja itu melalui satu entri di Facebook.
Keluarga remaja itu juga dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Topic Berkaitan
#Buku
#kedai buku
#komik
#mph
#pelanggan
#pengawal keselamatan
#remaja
#tampar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan