awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tampar pemain dirujuk ke Unit Tatatertib dan Integriti KPM - Fadhlina

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/01/2023
04:52 MYT
Kes tampar pemain dirujuk ke Unit Tatatertib dan Integriti KPM - Fadhlina
Fadhlina (dua dari kiri) ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, H'ng Mooi Lye (kiri) berbual dengan wakil badan bukan kerajaan (NGO) mengenai Pasar Percuma 2023 Parlimen Nibong Tebal pada Ahad. - Foto Sinar Harian
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menunggu hasil siasatan insiden jurulatih menampar pipi pemain bola tamparnya ketika Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 tahun (B14) baru-baru ini.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata kes itu telah dibawa ke Unit Tatatertib dan Integriti Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tindakan selanjutnya.
Fadhlina berkata, siasatan sudah selesai namun proses mengenainya masih berjalan demi memberi ruang dan keadilan untuk semua pihak.
Tambah beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan soal keganasan membabitkan pelajar.
"Kita sudah selesai siasatan dan perkara tersebut sudah pun berada dalam pengetahuan dan telah dibawa kepada Unit Tatatertib dan Unit Intergriti KPM, kita sedang menunggu hasil siasatan kes ini.
"Proses sangat penting dalam kes ini, kita ada ruang keadilan untuk semua pihak, guru boleh buat representasi, jadi soal proses ini sangat penting dari awal dan kita tidak kompromi soal keganasan, kita tunggu hasil siasatan Unit Integriti dan Tatatertib," katanya.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian ketika ditanya perkembangan siasatan jurulatih yang juga guru menampar dua atlet remaja berkenaan pada sidang media berhubung program Pasar Percuma Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi di Gelanggang Bola Keranjang Bukit Panchor, Nibong Tebal pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan insiden jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya yang tular di media sosial.
Klip video itu memaparkan jurulatih terbabit menampar dua pemain wanitanya ketika Kejohanan Remaja B14 di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu.
Susulan insiden berkenaan, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) mengambil tindakan tegas menggantung sementara jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka B14 berkenaan.
Bagaimanapun, ibu bapa kepada atlet remaja yang ditampar itu memohon supaya jurulatih berkenaan dikekalkan dan meminta semua pihak menghentikan kecaman mahupun mengambil sebarang bentuk tindakan.
Topic Berkaitan
#Tampar pemain
#jurulatih bola tampar
#Kementerian Pendidikan
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan