Tiga lelaki, termasuk seorang bergelar 'Datuk' dan seorang wanita ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes tembakan seorang ahli perniagaan di Temerloh pada Jumaat malam.
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 36 tahun dan wanita terbabit, 22, di sebuah rumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada kira-kira 6 pagi Ahad.
"Siasatan awal mendapati suspek lelaki merupakan penyewa kenderaan yang digunakan semasa menembak mangsa.
"Susulan tangkapan itu, pada kira-kira 9.45 pagi tadi sepasukan polis berjaya menahan suspek yang dipercayai menembak mangsa di Desa View Tower, Wangsa Maju, Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama malam Ahad.
Beliau berkata suspek berusia 35 tahun itu merupakan warga Indonesia yang berasal dari Jawa Timur, Surabaya.
Sharifuddin berkata pemeriksaan di rumah suspek menemukan sepucuk pistol jenis revolver .38, lima kelongsong dan 45 butir peluru serta pakaian semasa menembak mangsa.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek menerima arahan daripada seorang lelaki warga Thailand, yang sebenarnya datang daripada seorang lelaki bergelar Datuk.
Bertindak atas maklumat itu, seorang lelaki berusia 48 tahun bergelar Datuk, yang dipercayai mengeluarkan arahan untuk menembak mangsa, ditahan di Taman Permai, Temerloh pukul 10 pagi.
Sharifuddin berkata polis percaya motif kejadian ialah lelaki bergelar Datuk tidak berpuas hati dengan mangsa yang menuntut hutangnya sebanyak RM350,000.
"Polis kini berusaha mengesan lelaki warga Thailand yang dipercayai memberi pistol kepada suspek untuk menembak mangsa dan kesemua suspek kini ditahan di IPD Temerloh untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun parah selepas terkena tiga das tembakan di rusuk kiri yang dilepaskan oleh seorang lelaki di depan sebuah klinik swasta di Jalan Zabidin berhampiran Stesen Bas Mentakab.
Bernama
Mon Jun 02 2014
Tiga lelaki, termasuk seorang bergelar 'Datuk' dan seorang wanita ditahan polis.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Kes tembak ahli perniagaan: Lelaki bergelar 'Datuk' antara empat ditahan
Polis percaya motif kejadian ialah lelaki bergelar Datuk tidak berpuas hati dengan mangsa yang menuntut hutangnya sebanyak RM350,000.
Lelaki parah kena tiga das tembakan
Seorang lelaki parah selepas terkena tiga das tembakan di bahagian badannya di depan sebuah klinik swasta di Jalan Zabidin berhampiran Stesen Bas Mentakab di sini malam tadi.