Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Kes tembak dan tetak: Dua lelaki direman lima hari bantu siasatan

Bernama 22/11/2025 | 08:15 MYT
Seorang lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai ditetak dan ditembak. - Gambar fail
SEREMBAN: Dua lelaki direman lima hari sehingga 26 Nov ini bagi membantu siasatan membabitkan kes seorang lelaki ditembak dan ditetak berhampiran sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 32 dan 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Saifol Sayuti di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

"Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai ditetak dan ditembak oleh sekumpulan individu bersenjatakan pistol dan parang serta berpelitup muka.

-- BERNAMA



#Kes Tembak #kes tetak #kes tembak Sendayan #kes tembak seremban