awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Teoh Beng Hock: PDRM dapatkan nasihat AGC untuk lengkapkan siasatan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/11/2024
04:10 MYT
Kes Teoh Beng Hock: PDRM dapatkan nasihat AGC untuk lengkapkan siasatan
Beng Hock ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan sama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin mampu menyelesaikan kertas siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock dalam tempoh enam bulan seperti ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan sebelum ini sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Namun begitu katanya, PDRM akan meneruskan siasatan lanjut berikutan arahan mahkamah berkenaan.
"Memang kita boleh capai (lengkapkan) sebenarnya. Siasatan kita pada dasarnya sudah dilengkapkan sepenuhnya. Yang mana ia sudah 15 tahun siasatan berjalan.
"Kertas siasatan sudah ke pejabat Peguam Negara (AGC) dan arahan terbaru (siasatan lanjut) daripada Mahkamah tinggi, maka kita patuh kepadanya," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis perbarisan tamat latihan Program Latihan Asas Kepolisan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Razarudin berkata, siasatan berkenaan akan diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang sudah meneliti kes terbabit sebelum ini.
Katanya, PDRM akan mendapatkan nasihat daripada AGC untuk merujuk semula kertas siasatan ini dan meneliti kembali keterangan yang sudah diambil sebelum ini.
Mengulas berkenaan kemungkinan saksi baharu dipanggil, Razarudin berkata, PDRM akan meneliti keterangan saksi daripada awal siasatan kes itu bermula kerana mereka adalah saksi yang ada setakat ini.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan Mahkamah Tinggi membenarkan ibu bapa Teoh Beng Hock untuk mendapatkan arahan mahkamah supaya polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian anak mereka kira-kira 15 tahun lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Teoh Beng Hock
#Jabatan Peguam Negara
#Razarudin Husain
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan