MALAYSIA
Kes tetak di Batu Caves, lapan ditahan
Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pegawai perubatan Hospital Selayang. - Tangkap layar video tular
GOMBAK: Polis menahan lapan lelaki tempatan kerana dipercayai menetak seorang lelaki berusia lingkungan 20-an sehingga menyebabkan mangsa cedera parah dalam kejadian di Amara Residensi, Batu Caves, di sini Ahad lalu.
Ringkasan AI
Rakaman kejadian berdurasi satu minit 17 saat itu turut dikesan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pegawai perubatan Hospital Selayang.
Menurutnya, dalam laporan itu mangsa memaklumkan dia diserang seorang individu tidak dikenali yang bersenjatakan parang.
"Bertindak atas laporan diterima, polis telah menahan empat lelaki tempatan pada hari kejadian.
"Penahanan itu kemudiannya membawa kepada tangkapan empat lagi suspek dalam operasi susulan," katanya dalam kenyataan, di sini pada Rabu.
Noor Ariffin berkata, kesemua suspek berusia antara 21 hingga 33 tahun dan kini direman selama enam hingga tujuh hari bagi membantu siasatan.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Video tular itu memaparkan seorang lelaki bersenjatakan parang menyerang sekumpulan individu yang sedang berkumpul, sebelum suspek turut dilihat melanggar salah seorang daripada mereka dan kemudian beredar menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Hakimie Razally di talian 011-3335 2585 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-6126 2222, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Ringkasan AI
- Polis menahan lapan lelaki tempatan kerana dipercayai terlibat dalam kes serangan terhadap seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di Amara Residensi, Batu Caves, yang menyebabkan mangsa cedera parah.
- Rakaman kejadian tersebut berdurasi satu minit 17 saat, yang turut tular di media sosial, mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat sejak beberapa hari lalu.
- Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 33 tahun, kini direman selama enam hingga tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.