MALAYSIA
Kes tikam pelajar: Kerajaan Selangor tingkatkan kawalan keselamatan
Amirudin berkata pihaknya turut melakukan pendaftaran pelajar di sekolah, memasang litar kamera tertutup (CCTV) dan mengaktifkan sistem notifikasi pintar kepada ibu bapa dan guru sekolah tersebut. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Susulan kejadian tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama Empat, Petaling Jaya, yang meragut nyawa seorang pelajar perempuan akibat ditikam, Kerajaan Selangor meningkatkan kawalan keselamatan di sekolah berkenaan termasuk melakukan pemeriksaan menggunakan alat pengesanan logam di pintu masuk sekolah berkenaan.
Ringkasan AI
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, selain itu, pihaknya turut melakukan pendaftaran pelajar di sekolah, memasang litar kamera tertutup (CCTV) dan mengaktifkan sistem notifikasi pintar kepada ibu bapa dan guru sekolah tersebut.
"Insiden sebegini tidak boleh ada sebarang ruang untuk diulang sama sekali dan sekolah harus kembali menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak memberitahu, tragedi itu meninggalkan kesan trauma mendalam kepada pelajar lain, terutamanya mereka yang menyaksikan insiden itu dan turut menjejaskan kehadiran pelajar ke sekolah sejak Selasa lalu.
"Justeru kita (Kerajaan Selangor) akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa, guru, dan pelajar untuk membincangkan langkah-langkah keselamatan, serta memulihkan keyakinan semua pihak terhadap tahap keselamatan di sekolah," ujarnya.
Selain itu, menurutnya, proses pemulihan itu akan melibatkan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
Sebelum ini media melaporkan, kejadian pelajar perempuan maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, menimbulkan kebimbangan ibu bapa yang turut menggesa pihak berkaitan meningkatkan langkah keselamatan.
Seorang pelajar tingkatan tiga maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun di kawasan tandas perempuan di sekolah berkenaan pada Selasa lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor tingkat kawalan keselamatan sekolah selepas insiden pelajar perempuan maut ditikam di Bandar Utama, termasuk pemeriksaan pengesan logam, pemasangan CCTV dan sistem notifikasi pintar.
- Langkah pemulihan trauma pelajar akan dilaksanakan melalui pertemuan dengan ibu bapa, guru dan pelajar, melibatkan kerjasama PPD, JPN, KPM, PDRM dan PIBG.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, suspek pelajar lelaki 14 tahun direman tujuh hari.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, selain itu, pihaknya turut melakukan pendaftaran pelajar di sekolah, memasang litar kamera tertutup (CCTV) dan mengaktifkan sistem notifikasi pintar kepada ibu bapa dan guru sekolah tersebut.
"Insiden sebegini tidak boleh ada sebarang ruang untuk diulang sama sekali dan sekolah harus kembali menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak memberitahu, tragedi itu meninggalkan kesan trauma mendalam kepada pelajar lain, terutamanya mereka yang menyaksikan insiden itu dan turut menjejaskan kehadiran pelajar ke sekolah sejak Selasa lalu.
"Justeru kita (Kerajaan Selangor) akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa, guru, dan pelajar untuk membincangkan langkah-langkah keselamatan, serta memulihkan keyakinan semua pihak terhadap tahap keselamatan di sekolah," ujarnya.
Selain itu, menurutnya, proses pemulihan itu akan melibatkan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
Sebelum ini media melaporkan, kejadian pelajar perempuan maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, menimbulkan kebimbangan ibu bapa yang turut menggesa pihak berkaitan meningkatkan langkah keselamatan.
Seorang pelajar tingkatan tiga maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun di kawasan tandas perempuan di sekolah berkenaan pada Selasa lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

#Amirudin Shari
#Polis Diraja Malaysia
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Kementerian Pendidikan
#pelajar ditikam
#bandar utama
#langkah keselamatan