MALAYSIA
Kes tikam pelajar: Pelajar lelaki akan didakwa esok
Jabatan Peguam Negara telah meneliti secara menyeluruh kertas siasatan yang dikemukakan oleh PDRM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mendakwa seorang pelajar lelaki berhubung kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditikam di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama 4 di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan, keputusan dibuat selepas meneliti secara menyeluruh kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Hasil penelitian mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap pelajar terbabit.
" Pelajar tersebut akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana kesalahan membunuh,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, media melaporkan pelajar perempuan berkenaan maut selepas ditikam di bahagian dada dan leher dalam kejadian di sekolahnya di Bandar Utama.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suspek, yang juga pelajar sekolah sama, telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, tikaman pada dada dan leher dikenal pasti menjadi punca kematian berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Jasad mangsa telah dituntut oleh keluarganya pada 7.30 pagi pada Rabu lalu (Oktober 15) selepas proses bedah siasat selesai dilakukan di PPUM malam sebelumnya.

#Jabatan Peguam Negara
#Sekolah Menengah Bandar Utama
#pelajar lelaki tikam pelajar perempuan
#Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama 4