awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN perkenal aplikasi Whatsapp, platform pertanyaan cukai baharu
Letupan di Universiti HELP: Dua pelajar masih menerima rawatan
PERKESO sedia salur bantuan mangsa letupan gas Universiti HELP - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tinggal lebih masa catat pendakwaan tertinggi tahun lepas - Imigresen

Bernama
Bernama
15/01/2026
12:15 MYT
Kes tinggal lebih masa catat pendakwaan tertinggi tahun lepas - Imigresen
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata sebanyak 2,092 pendakwaan telah dilakukan terhadap warga asing ditahan, dengan 1,342 daripada melibatkan kesalahan tinggal lebih masa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesalahan tinggal lebih masa mencatat jumlah pendakwaan tertinggi di mahkamah membabitkan warga asing yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Kesalahan tinggal lebih masa menjadi kesalahan paling banyak didakwa di mahkamah bagi warga asing yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan JIM Kuala Lumpur tahun lepas, dengan 1,342 kes melibatkan kesalahan tersebut.
  • Selain itu, kesalahan lain yang kerap didakwa termasuk tiada dokumen perjalanan (663 kes) dan melindungi pendatang tanpa izin (34 kes), dengan kes-kes lain termasuk melanggar syarat pas, memiliki dokumen perjalanan milik orang lain, dan kepulangan haram.
  • JIM Kuala Lumpur telah menahan 4,428 pendatang tanpa izin menerusi 701 operasi penguatkuasaan, dengan tangkapan tertinggi melibatkan warganegara Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, dan India, serta individu dari Filipina, Kemboja, Nepal, Thailand, China, Vietnam, dan individu tiada kewarganegaraan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata sebanyak 2,092 pendakwaan telah dilakukan terhadap warga asing ditahan, dengan 1,342 daripada melibatkan kesalahan tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63.
Beliau berkata kesalahan lain yang kerap didakwa ialah tiada dokumen perjalanan atau 'kosong' melibatkan 663 kes, manakala melindungi pendatang tanpa izin sebanyak 34 kes.
"Lain-lain kesalahan didakwa di mahkamah termasuk melanggar syarat pas, memiliki dokumen perjalanan milik orang lain, dan kepulangan haram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Mohammed Saupee berkata pada tempoh sama, JIM Kuala Lumpur turut menahan 4,428 pendatang tanpa izin menerusi 701 operasi penguatkuasaan yang dijalankan.
"Tangkapan tertinggi antaranya membabitkan warganegara Indonesia sebanyak 1,288 orang, Bangladesh (944 orang), Myanmar (878 orang), Pakistan (431 orang) dan India (164 orang).
"Lain-lain warganegara ditahan termasuk dari Filipina, Kemboja, Nepal, Thailand, China, Vietnam dan lain-lain warganegara termasuk individu tiada kewarganegaraan," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan menjalankan operasi penguatkuasaan dan pemantauan secara berterusan bagi memastikan masalah pendatang tanpa izin di ibu negara terkawal.
Wan Mohammed Saupee berkata pihaknya tidak berkompromi dengan warga asing yang melanggar peraturan negara, manakala warga tempatan yang melindungi pendatang tanpa izin akan dikenakan tindakan tegas di mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tinggal lebih masa
#warga asing
#pendakwaan tertinggi
#jabatan imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan