PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Badan Peguam Malaysia untuk menjadi 'amicus curiae' atau sahabat mahkamah dalam prosiding kebenaran merayu difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin berhubung pembayaran cukai pendapatan masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Najib dan Mohd Nazifuddin ketika dihubungi pemberita hari ini berkata permohonan Badan Peguam Malaysia itu dibenarkan pada 21 Okt lepas.
Berdasarkan surat bertarikh 13 Okt yang dihantar kepada Mahkamah Persekutuan, Badan Peguam Malaysia memohon untuk diterima masuk sebagai 'amicus curiae' bagi mendengar rayuan itu.
Badan Peguam Malaysia antara lain menyatakan bahawa kes itu melibatkan isu perlembagaan yang penting iaitu sama ada Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 bercanggah atau bertentangan dengan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dan memohon peguamnya diterima sebagai 'amicus curiae' untuk membentangkan hujahan serta pandangan bagi membantu mahkamah mencapai keputusan sewajarnya.
Sementara itu, Wee berkata pada prosiding pengurusan kes di Mahkamah Persekutuan secara dalam talian hari ini, Timbalan Pendaftar Rasidah Roslee menetapkan 16 Feb 2022 bagi pendengaran permohonan kebenaran merayu oleh bekas perdana menteri dan anaknya.
Najib dan Mohd Nazifuddin memfailkan notis usul ke Mahkamah Persekutuan bagi memperoleh kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi, berhubung pembayaran cukai berkenaan.
Pada 9 Sept lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi menuntut tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin.
Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Perintah terhadap Najib dan Mohd Nazifuddin dikeluarkan masing-masing pada 22 dan 6 Julai tahun lepas oleh Hakim Datuk Ahmad Bache dan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.
Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap Najib, menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
LHDN, melalui kerajaan Malaysia, turut memfailkan saman terhadap Mohd Nazifuddin pada 24 Julai 2019 yang didakwa masih belum membayar cukai untuk tahun taksiran 2011 hingga 2017 berjumlah RM37,644,810.73 seperti yang dinyatakan melalui notis taksiran bertarikh 15 Mac 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
Berdasarkan surat bertarikh 13 Okt yang dihantar kepada Mahkamah Persekutuan, Badan Peguam Malaysia memohon untuk diterima masuk sebagai 'amicus curiae' bagi mendengar rayuan itu.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Nai'mah peroleh penangguhan sementara bayar tunggakan cukai RM313.82 juta
Panel tiga hakim yang membuat keputusan sebulat suara, berpandangan bahawa permohonan Nai'mah mempunyai merit.
Na'imah gagal tangguh sementara perintah bayar tunggakan cukai RM313 juta
Hakim berkata pembayaran cukai mesti dibuat tanpa mengira jumlahnya, walaupun dalam pertikaian undang-undang yang sedang berjalan.
LHDN sekat perjalanan lebih 180,000 individu akibat tunggakan cukai - MoF
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengambil tindakan sekatan perjalanan ke atas 182,666 individu sejak undang-undang mengenainya dikuatkuasakan sehingga 29 Februari 2024.
Tunggakan cukai: Mahkamah batal rayuan Muhammad Shafee fail tuntutan balas
Panel tiga hakim memutuskan bahawa rayuan Muhammad Shafee tidak kompeten kerana perkara itu tidak boleh dirayu di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Disember 2023.
Gagal kemuka borang cukai pendapatan, pengarah syarikat didenda RM9,000
Seorang pengarah syarikat didenda RM9,000 dan dikenakan penalti khas berjumlah RM536,549.13 atas kegagalan mengemukakan penyata pendapatan bercukai.
LHDN peroleh penghakiman terus kes tunggakan cukai Muhammad Shafee
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkaitan kes tunggakan cukai.
Tunggakan cukai pendapatan RM9.41 juta: Shafee, LHDN akan selesai kes
Muhammad Shafee dan LHDN memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa, kes tuntutan tunggakan cukai pendapatan, berada dalam proses penyelesaian.
LHDN tawar bayaran ansuran tunggakan cukai pendapatan dan CKHT
Pembayar cukai boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran untuk amaun tunggakan cukai pendapatan (CP) dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi tahun kebelakangan tanpa dikena kenaikan cukai.
Najib, anak fail rayuan elak bayar tunggakan cukai - Ketua Peguam Cara Hasil
Keupayaan kerajaan mengutip cukai mungkin terjejas jika setiap pembayar cukai dibenar mengemukakan pernyataan pembelaan.