Skip to main content

Malaysia

Kes ugut Albert Tei: Polis akan panggil Azam Baki

TB_SIDANG MEDIA PDRM M KUMAR_02_Ikqwan Lee
M Kumar bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang, di sini pada Selasa. - Foto Astro AWANI/Ikqwan Lee

KAJANG: Polis akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei.

Albert Tei sebelum ini mendakwa Azam pernah mengugut, menghalang dan menganiayanya ketika dia cuba mendedahkan dakwaan skandal rasuah membabitkan beberapa ahli politik berprofil tinggi di Sabah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas laporan polis dibuat pada 13 Mei lalu.

Katanya, setakat ini polis sudah merakam percakapan Albert Tei dan peguam yang didakwa menyampaikan ugutan berkenaan.

“Selepas laporan polis dibuat, pengadu memaklumkan ugutan itu diterima melalui peguamnya.

“Susulan itu, kita sudah mengenal pasti individu terbabit dan rakam percakapannya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang, di sini pada Selasa. 

Beliau bagaimanapun berkata, siasatan masih berjalan dan polis memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan secara telus sebelum sebarang rumusan dibuat.
 

Must Watch Video

Advertisement