[TERKINI] SPRM Tahan Bekas Ketua Setiausaha Politik Kanan PM – Ikuti Perkembangan di Sini!
MALAYSIA

Kes ugutan terhadap Caprice diklasifikasi NFA

Astro Awani 28/11/2025 | 11:14 MYT
Julai lalu, Caprice (gambar) membuat laporan polis selepas mendakwa menerima mesej berunsur ugutan melalui aplikasi Instagram. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Laporan polis berhubung kes ugutan bunuh yang dibuat oleh pempengaruh media sosial Caprice pada Julai lalu, yang mengaitkan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ dan jurulatih transformasi berprestasi tinggi, telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).


Ringkasan AI
  • Laporan polis kes ugutan bunuh yang melibatkan pempengaruh media sosial Caprice terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan jurulatih transformasi berprestasi tinggi diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
  • Surat rasmi bertarikh 26 November menandatangani Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintenden Mohd Faizal Mohd Salleh, mengesahkan keputusan NFA dan kes akan dipulangkan dalam kadar segera.
  • Peguam Aizzat Mustafa yang mewakili individu yang disiasat, Datuk Seri R. Jeyenderan dan Murad "Baddestcoach" Zaidi, mengesahkan perkembangan tersebut selepas kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan berikutan laporan polis yang dibuat oleh Caprice pada 10 Julai.


Perkara itu terkandung dalam surat rasmi bertarikh 26 November yang ditandatangani Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintenden Mohd Faizal Mohd Salleh, yang dialamatkan kepada Tetuan Solehuddin & Ozier.

"Kertas siasatan berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan diputuskan sebagai NFA. Barang kes akan dipulangkan dalam kadar segera," menurut surat berkenaan.

Kes tersebut melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri R. Jeyenderan, dan Syed Mohammad Murad Syed Naseem, atau Murad "Baddestcoach" Zaidi, yang telah disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, peguam Aizzat Mustafa yang mewakili kedua-dua individu berkenaan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media.

Pada 10 Julai lalu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, membuat laporan polis selepas mendakwa menerima mesej berunsur ugutan melalui Instagram.




#Kes ugut bunuh Caprice #kes jenayah #Tiada Tindakan Lanjut #NFA