awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes URTI, jangkitan mata di Negeri Sembilan meningkat akibat jerebu

Bernama
Bernama
17/09/2019
21:03 MYT
Kes URTI, jangkitan mata di Negeri Sembilan meningkat akibat jerebu
Daerah Nilai mencatatkan IPU tidak sihat iaitu pada paras 206 manakala dua lagi kawasan iaitu Port Dickson dan Seremban masing-masing merekodkan bacaan 188 dan 170. -BERNAMA
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memantau tiga penyakit melibatkan jangkitan saluran pernafasan (URTI), jangkitan mata dan asma di negeri ini berikutan jerebu yang sedang melanda ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S. Veerapan dalam kenyataan di sini, malam ini berkata berdasarkan pemantauan kes URTI di Klinik Kesihatan Nilai, terdapat peningkatan kes sebanyak 28.5 peratus pada minggu epid ke-37 berbanding minggu epid ke-36.
Katanya, berbanding minggu epid ke-36, kes pemantauan jangkitan mata juga meningkat sebanyak 33.3 peratus pada minggu epid ke-37.
Bagaimanapun, tiada peningkatan kes asma dilaporkan, katanya.
"Bagi pemantauan kes di fasiliti kesihatan di Port Dickson, tidak menunjukkan sebarang peningkatan kes jangkitan mata, URTI dan asma," katanya di sini.
Veerapan dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar termasuk aktiviti fizikal dan menggunakan penutup hidung dan mulut sekiranya berada di luar premis.
Sehingga 10 malam ini, daerah Nilai mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu pada paras 206 manakala dua lagi kawasan iaitu Port Dickson dan Seremban masing-masing merekodkan bacaan 188 dan 170.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jangkitan mata
#jangkitan saluran pernafasan URTI
#jerebu
#kesihatan
#Negeri Sembilan
#Port Dickson
#Veerapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan