awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Wang Kelian: Lima lelaki warga Thailand dipenjara lima tahun lindungi migran seludup

Bernama
Bernama
07/01/2026
15:15 MYT
Kes Wang Kelian: Lima lelaki warga Thailand dipenjara lima tahun lindungi migran seludup
Lima lelaki warga Thailand dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melindungi dua migran lelaki warga Myanmar yang diseludup. - Foto hiasan
KANGAR: Lima lelaki warga Thailand dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melindungi dua migran lelaki warga Myanmar yang diseludup.
Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas memerintahkan Suchat Tohdin, 38, Arun Kaeofainok, 31, Jehpa Lapi-E, 58, Somphon A-Dam, 53, dan Amree Nesalaeh, 60, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh mereka ditahan, iaitu Suchat pada 24 Feb 2022 manakala empat lagi pada 22 Jun 2023.
Mengikut pertuduhan pilihan, Suchat, Arun, Jehpa dan Sompho didapati secara bersama melindungi migran warga Myanmar, Mohd Belal di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Kaki Bukit di daerah Padang Besar antara Ogos 2014 dan 10 Mac 2015, lebih kurang 5.30 pagi.
Amree pula dituduh melindungi seorang lagi migran warga Myanmar, Zedul Islam di tempat sama antara Feb hingga April 2013.
Hakim Mohamad Abazafree dalam penghakimannya berkata mahkamah memandang serius kes itu yang melibatkan peristiwa di Wang Kelian.
"Peristiwa di Wang Kelian ini menggemparkan negara dan dunia pada masa itu yang memberikan kesan besar kepada negara," katanya.
Hakim berkata pada masa sama mahkamah juga mengambil kira pengakuan salah kelima-lima tertuduh yang menunjukkan mereka bertanggunjawab dan insaf untuk menerima apa sahaja hukuman.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26H Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Christhoper Enteri Anak Mawan memohon hukuman berat dikenakan kerana kesalahan tersebut serius yang memberikan implikasi terhadap kepentingan awam, keselamatan negara dan kawalan sempadan.
Peguam Fatin Hayati Abdul Rahman yang mewakili Suchat memohon pertimbangan mahkamah memberikan hukuman penjara minimum terhadap anak guamnya.
Peguam V. Rajadevan yang mewakili empat lagi tertuduh turut merayu hukuman penjara minimum mengambil kira faktor pengakuan salah mereka yang menjimatkan masa serta kos mahkamah dan pihak pendakwaan.
Pada Mei 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 139 kubur serta kem berkaitan isu pemerdagangan manusia di Wang Kelian yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wang Kelian
#warga Thailand
#dipenjara
#lindungi migran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan