MALAYSIA
Kes Yusoff Rawther, tiada keperluan tubuh RCI - Pakar Perlembagaan

Wan Ahmad Fauzi menegaskan, setiap aduan perlu ditangani dengan telus dan sebarang bentuk spekulasi tidak wajar dibuat secara terburu-buru. - Gambar fail/Research Gate
SHAH ALAM: Tiada keperluan mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa dalam kes membabitkan bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther.
Ringkasan AI
- Tiada keperluan tubuh RCI Pakar perlembagaan menyatakan tiada keperluan mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kes Yusoff Rawther kerana sistem kehakiman dan siasatan oleh PDRM masih berfungsi dengan baik.
- Mahkamah sudah membuat keputusan Mahkamah membebaskan Yusoff daripada pertuduhan tanpa perlu membela diri, menunjukkan kekurangan bukti dalam pendakwaan dan tidak wajar membuat spekulasi sebelum siasatan lengkap dijalankan.
- Siasatan dan rayuan perlu ikut proses undang-undang Segala aduan perlu disiasat secara telus mengikut proses undang-undang, dan pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat rayuan melalui saluran kehakiman yang tersedia.
“Ia dibuktikan dengan keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan Muhammed Yusoff daripada pertuduhan jenayah tanpa perlu membela diri.
“Saya tidak nampak ada keperluan (tubuh RCI untuk siasat isu Yusoff Rawther) buat masa ini.
“Undang-undang menetapkan tahap pembuktian yang sama terpakai kepada semua orang,” katanya kepada Sinar Ahad.
Pada Jumaat lalu, kerajaan digesa menubuhkan RCI bagi menyiasat kemungkinan berlakunya penipuan dan salah guna kuasa dalam siasatan serta pendakwaan terhadap Yusoff Rawther.
Gesaan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Muhammed Yusoff tanpa perlu membela diri daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan pada tahun lalu.
Wan Ahmad Fauzi menjelaskan, keterangan didapati mahkamah semasa perbicaraan boleh dijadikan asas siasatan lanjut kerana objektifnya ialah melihat aspek pendakwaan terhadap orang kena tuduh (OKT) mengikut tuduhan tertentu sahaja.
Jelas beliau, keterangan diterima tidak cukup menyokong pembuktian pendakwaan membebaskan OKT.
“Lantaran aduan belum disiasat secara objektif masih belum boleh dijadikan satu keterangan konklusif untuk membuat satu rumusan lain sehinggalah proses siasatan terhadap sebarang aduan disempurnakan,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, setiap aduan perlu ditangani dengan telus dan sebarang bentuk spekulasi tidak wajar dibuat secara terburu-buru.
“Lebih baik tidak membuat sebarang kesimpulan kerana tuduhan dilemparkan boleh menjadi siasatan dalaman oleh pengurusan tertinggi PDRM.
“Dalam kes pendakwaan jenayah, tahap pembuktian juga ketat. Itulah fungsi mahkamah mengadilinya,” katanya.
Ini kerana jelasnya, dalam konteks perundangan, tuntutan sivil terhadap pendakwaan jahat atau malicious prosecution dibenarkan di Malaysia.
“Semua pihak harus diberikan pengadilan mengikut proses mahkamah secara adil. Pihak yang terkilan boleh membuat dua kali rayuan di peringkat lebih tinggi,” katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami