MALAYSIA
Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut
AGC memutuskan tiada tindakan lanjut akan diambil, membawa kepada penamatan muktamad kes tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa keterangan sedia ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan hari ini, AGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas penelitian menyeluruh terhadap keterangan baharu hasil siasatan lanjut dan terperinci yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada kesemua pertuduhan tersebut.
“Hasil penilaian keseluruhan bahan dan keterangan baharu yang diperoleh, Jabatan ini mendapati keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan bagi kesemua pertuduhan berkenaan,
"Menurut AGC, siasatan lanjut itu merangkumi penelitian terhadap sumber dana, kaedah perolehan dan penggunaan dana Yayasan Akalbudi, termasuk isu-isu yang dibangkitkan melalui enam representasi yang dikemukakan selepas Ahmad Zahid dipanggil membela diri,” menurut kenyataan itu.
AGC menjelaskan, keputusan berkenaan dibuat dengan mengambil kira skop dan fokus siasatan pada peringkat awal, penilaian dalaman pendakwaan berkaitan kecukupan keterangan, serta dapatan siasatan lanjut SPRM yang meliputi keseluruhan tempoh penubuhan dan operasi Yayasan Akalbudi, termasuk aliran sumbangan dana ke dalam yayasan itu.
Sehubungan itu, AGC memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut atau 'No Further Action' akan diambil, sekali gus membawa kepada penamatan muktamad kes berkenaan.
AGC turut menegaskan keputusan tersebut dibuat berasaskan pertimbangan profesional dan undang-undang, selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan, selain mengambil kira kepentingan keadilan, integriti proses pendakwaan serta ketelusan sistem keadilan jenayah negara.
Ringkasan AI
- AGC mengesahkan keterangan sedia ada tidak mencukupi untuk penerusan pendakwaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dana Yayasan Akalbudi.
- Keputusan ini dibuat selepas penelitian menyeluruh terhadap keterangan baharu hasil siasatan lanjut SPRM.
- AGC memutuskan tiada tindakan lanjut akan diambil, membawa kepada penamatan muktamad kes tersebut.