MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Amaran KPN kepada penyebar gambar, maklumat tidak tepat

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,tindakan itu bukan sahaja menjejaskan siasatan yang sedang berlangsung, malah turut mengganggu proses keadilan kepada semua pihak. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat dan gambar berkaitan kes kematian Zara Qairina Mahathir boleh dikenakan tindakan di bawah tiga undang-undang.
Ringkasan AI
- Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengingatkan bahawa penyebaran maklumat dan gambar kes Zara Qairina boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Antara undang-undang terlibat ialah Akta Kanak-Kanak 2001, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat tidak sahih kerana boleh mengganggu siasatan dan proses keadilan.
Dalam satu kenyataan pada Rabu (6 Ogos), beliau berkata maklumat dikongsi berpotensi mengelirukan orang awam.
Tindakan itu bukan sahaja menjejaskan siasatan yang sedang berlangsung, malah turut mengganggu proses keadilan kepada semua pihak.
PDRM menjelaskan bahawa semua proses siasatan termasuk isu bedah siasat (post-mortem) dijalankan mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menghentikan tindakan memuat naik atau berkongsi maklumat yang tidak sahih, termasuk pendedahan maklumat berkaitan siasatan kes tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami