MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Didakwa hina mahkamah, Shafie Apdal diberi surat tunjuk sebab
Peguam Ram Singh mengemukakan permohonan mengeluarkan surat tunjuk kepada Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie berhubung kenyataannya mengenai inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kenyataannya mengenai inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang didakwa menghina mahkamah.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu dalam satu ucapan di Sandakan sebelum ini antara lain menyifatkan kematian Zara Qairina sebagai satu pembunuhan, selain mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.
Koroner Amir Shah Amir Hassan mengeluarkan notis berkenaan selepas tiada sebarang bantahan dikemukakan oleh pihak terlibat, termasuk Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues.
Permohonan itu dikemukakan peguam Datuk Ram Singh pada prosiding tertutup hari ini.
Ram merupakan salah seorang peguam yang mewakili Pelajar A, iaitu individu yang sebelum ini didakwa mengeluarkan kata-kata mencela arwah Zara Qairina.
Sementara itu, peguam Azhier Farhan Arisin ketika dihubungi turut mengesahkan perkara tersebut.