MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Guru mengaku tidak bersalah timbulkan kegentaran awam
Siti Hajar Aflah ketika tiba di Mahkamah Majistret Sepang hari ini. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
SEPANG: Seorang guru Bahasa Inggeris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam, dengan mendakwa Allahyarham Zara Qairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Siti Hajar Aflah Sharudin, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kegentaran awam, yang boleh mendorong orang lain melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam di akaun TikTok miliknya "SHA Abriend" pada jam 1.20 tengah hari, 6 Ogos lalu.
Kenyataan itu dilihat dan didengar oleh seorang anggota polis di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.
Wanita itu didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Mohd Izhar mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam Mohamad Zaiful Bahrin Kamde yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya dikenakan jumlah jaminan yang minimum.
“Anak guam saya merupakan seorang guru yang memperolehi gaji sebanyak RM5,000 sebulan, mempunyai lima tanggungan iaitu tiga orang anak yang masih bersekolah serta seorang ibu dan ayah. Ibunya sedang lumpuh dan mengalami minor stroke,” katanya.
Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 9 Oktober ini untuk serahan dokumen.
Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina iaitu pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Limauan, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah jam 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya.
Kes kematian Allahyarham mencetuskan perhatian umum apabila ia pada peringkat awal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Namun, beberapa dakwaan tidak benar berhubung kematian remaja itu menjadi tular. Antaranya ada yang mendakwa mangsa maut selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Penyebaran maklumat palsu itu menimbulkan kebimbangan awam, selain memberi tekanan emosi kepada keluarga Allahyarham serta mengganggu siasatan polis.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini membuka sebanyak 15 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan kematian pelajar Tingkatan Satu itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar dalam sidang media pada 13 Ogos lalu memaklumkan seorang wanita berusia 39 tahun turut ditahan di Rawang, Selangor kerana dipercayai menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kes itu.