MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Peguam mohon empat perkara terhadap AGC
Pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, 45, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, menegaskan empat tindakan yang dimohon kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
KOTA KINABALU : Pasukan peguam yang mewakili ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 45, menegaskan empat tindakan yang dimohon kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) adalah kunci untuk merungkai misteri kes tersebut.
Menurut kenyataan bersama peguam Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi, langkah itu selaras dengan permohonan kepada Jabatan Peguam Negara yang dibuat pada 5 Ogos lalu.
"Empat perkara tersebut ialah kertas siasatan dikembalikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan siasatan dibuka semula, proses siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman, kubur digali semula agar satu bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian, dan satu inkues diadakan untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah dalam kematian Zara Qairina.
“Perkembangan positif ini diharap dapat merungkai isu kematian Zara Qairina dan membuktikan sama ada wujud unsur jenayah yang menyebabkan kematian tersebut,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) memaklumkan, pasukan khas terdiri daripada sembilan anggota dan pegawai itu dihantar bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh.
Pada 11 Ogos, media melaporkan, pasukan task force dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kini mengambil alih siasatan kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir di Sabah.
Kenyataan Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) berkata, pasukan task force yang dianggotai sembilan pegawai serta anggota itu sudah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bagi tujuan itu.