MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Peguam nafi campur tangan politik, minta henti spekulasi
Shahlan ketika bercakap kepada media pada Ahad malam.
KOTA KINABALU: Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan wujud campur tangan politik atau kehadiran mana-mana individu berpangkat tinggi (VVIP) dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu itu.
Ringkasan AI
Peguam, Shahlan Jufri berkata, sehingga kini pihaknya hanya bercakap berdasarkan fakta dan bukti yang ada dan tidak pernah mengaitkan mana-mana pihak politik dalam kes tersebut.
“Setakat ini sebagai peguam, kami bercakap berdasarkan fakta dan bukti, tidak ada fakta yang menunjukkan penglibatan ahli politik. Kalau ada, kami juga akan cari dan akan maklumkan. Kami tidak akan sorok kerana kami mewakili ahli keluarga dan kepentingan ahli keluarga itu penting.
“Kalau ada, memang kami akan beritahu sebagaimana dalam kenyataan media kami dari awal, bahawa ibu kepada Zara (Noraidah Lamat) tidak pernah mengaitkan kes ini dengan politik. Mungkin orang lain yang kaitkan, itu terpulanglah.
“Sebab itu kami dari awal beritahu kepada orang awam, sekiranya mendapat maklumat, tampil ke depan. Contohnya, kalau ada ahli politik terlibat, beritahu peguam atau buat laporan polis. Sekarang ini maklumat pun kami tidak terima, fakta dan bukti pun tidak ada, jadi kami tidak boleh cakap ada penglibatan ahli politik,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi memberi peluang orang ramai mendapatkan penjelasan mengenai pelbagai perkara sepanjang hari proses bedah siasat dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini pada Ahad.
Shahlan turut menafikan khabar angin yang mendakwa ada VVIP memasuki bilik forensik semasa proses bedah siasat dilakukan.
“Pasal VVIP, saya sahkan tidak ada yang masuk ke dalam bilik bedah siasat. Memang tiada. Yang ada hanya wakil keluarga, doktor dan pihak polis. VVIP memang tiada.
“Cumanya, yang saya boleh beritahu, perjalanan bedah siasat sangat baik. Tidak ada unsur seperti didakwa di media sosial, kononnya ada tangan ghaib. Saya sendiri lihat bagaimana arwah Zara diperiksa sehingga selesai, termasuk pemeriksaan organ dalaman. Saya berada di situ dari jam 11 pagi sehingga jam 7.30 malam,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada spekulasi dan persepsi yang berlegar di media sosial.
“Jangan terlalu percaya kepada media sosial yang membuat spekulasi dan persepsi. Seperti isu mesin basuh, saya percaya sudah ada info bahawa suspek kononnya ditangkap.
“Ibu bapa yang anaknya tidak terlibat turut membuat laporan polis, sama seperti kita tidak mahu Zara difitnah kematiannya berpunca daripada pelbagai andaian. Begitu juga kita tidak mahu memfitnah orang lain.
“Jangan berspekulasi dan jangan bermain persepsi. Selalunya yang bermain dengan spekulasi dan persepsi ini hanya orang politik, jadi kita yang bukan orang politik tidak perlu terlibat,” tegasnya. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Peguam Shahlan Jufri menafikan wujud campur tangan politik atau kehadiran individu berpangkat tinggi dalam kes kematian Zara, dan menegaskan kenyataan mereka hanya berdasarkan fakta dan bukti.
- Beliau mengesahkan tiada VVIP memasuki bilik bedah siasat, dan proses pemeriksaan dijalankan secara telus oleh doktor dan pihak polis tanpa gangguan luar.
- Orang ramai diingatkan agar tidak mudah percaya kepada spekulasi dan persepsi di media sosial, serta digalakkan tampil dengan maklumat sahih jika ada.