MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan buli, 60 saksi dirakam keterangan

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya.
KOTA KINABALU: Polis merakam keterangan kira-kira 60 saksi terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.
Ringkasan AI
- Polis telah merakam keterangan kira-kira 60 saksi termasuk pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah, dengan bantuan pakar kaunseling bagi memastikan pelajar yang trauma dapat memberi keterangan dengan jelas.
- Siasatan kini tertumpu kepada dua elemen utama iaitu punca kematian dan keadaan persekitaran mangsa, dan telah dibawa ke Bukit Aman untuk penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
- IPK Sabah telah menghantar pasukan khas ke sekolah untuk siasatan, dengan pendekatan profesional dan teratur bagi mengelakkan trauma tambahan kepada pelajar; polis tidak menolak kemungkinan dakwaan buli namun siasatan masih berjalan.
"Kita tidak menolak kemungkinan dakwaan buli ini, tetapi siasatan masih berjalan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.
Sambutan itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 11 tengah hari, 17 Julai lepas, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai lepas.
Jauteh berkata siasatan polis pada masa ini menjurus kepada dua elemen utama, iaitu punca kematian dan keadaan persekitaran mangsa.
Beliau berkata orang ramai mahukan siasatan yang telus dan menyeluruh berkenaan kes berkenaan, justeru pihaknya mengambil sedikit waktu untuk menyelesaikan siasatan itu secara teratur dan profesional.
Pada 18 Julai lepas, IPK Sabah telah menghantar satu pasukan khas untuk melakukan siasatan di sekolah.
"Saksi antaranya pelajar sekolah itu, kalau kita buat siasatan secara tidak profesional atau tidak teratur sudah tentulah ini akan menambah lagi trauma mereka terhadap keadaan yang ada sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami