MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Sultan Pahang titah solat hajat seluruh negeri
Pemergian Allahyarham Zara Qairina pada 17 Julai lalu mengejutkan rata-rata rakyat Malaysia. - Foto Facebook Kesultanan Pahang
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan solat hajat khas.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan Kesultanan Pahang di Facebook, solat hajat itu bertujuan memohon kelancaran proses keadilan buat Allahyarhamah adik Zara Qairina Mahathir serta memastikan kebenaran dapat ditegakkan.
Baginda turut mendoakan agar ibu bapa dan keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan, kekuatan serta kesabaran dalam menempuh ujian ini.
Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama perempuan di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu.
Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu pada 17 Julai, sehari selepas insiden berlaku.
Kes ini mendapat perhatian meluas, terutamanya di media sosial, selepas timbul dakwaan adanya unsur buli di sekolah berkenaan.
Ringkasan AI
- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat hajat khas bagi memohon kelancaran proses keadilan untuk Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
- Baginda mendoakan agar keluarga Allahyarhamah diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini.
- Zara Qairina meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah agama di Papar, Sabah, kes dikaitkan dengan dakwaan buli.