MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Tindakan tatatertib ke atas pegawai terlibat jika langgar peraturan - IGP
Mohd Khalid menghadiri majlis penyerahan empat unit kenderaan Armoured Personnel Carrier (APC) bagi memperkukuh keupayaan Skuadron Perisai Pasukan Gerakan Am (PGA). - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai penyiasat serta penyelia yang terbabit dalam siasatan kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir, sekiranya didapati berlaku pelanggaran prosedur yang ditetapkan.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan dalaman sudahpun dimulakan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bersama pasukan khas yang ditubuhkan khusus bagi kes berkenaan.
"Tindakan kita adalah menyiasat segala perkara yang ditetapkan mengikut lunas undang-undang dan SOP (prosedur operasi standard).
"Jika ada perkara bertentangan, kita akan ambil tindakan terhadap pegawai berkaitan.
"Beberapa tindakan perlu kita kaji dari sudut tatatertib dan saya pun sudah minta Pengarah JIPS mengambil tindakan yang perlu berdasarkan sejauh mana berlakunya perlanggaran,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini pada Jumaat.
Terdahulu beliau menghadiri majlis penyerahan empat unit kenderaan Armoured Personnel Carrier (APC) bagi memperkukuh keupayaan Skuadron Perisai Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.
Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata, hasil siasatan itu akan menentukan tindakan seterusnya yang boleh diambil pihaknya mengikut undang-undang sedia ada.
"Jika ada berlaku beberapa kesilapan, itu perlu dikaji dari sudut tatatertib. Kita akan membuat perkara yang sepatutnya seperti mana ditetapkan oleh peraturan dan juga undang-undang," katanya.
Media sebelum ini melaporkan kelewatan permohonan bedah siasat pada peringkat awal dikenal pasti sebagai antara punca ketidakpatuhan SOP dalam kes tersebut.
Susulan itu, JIPS Bukit Aman telah mengambil keterangan daripada Ketua Polis Daerah berpangkat Supt, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) berpangkat ASP serta pegawai penyiasat berpangkat Insp.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada jam 4 pagi, 16 Julai.