MALAYSIA
Kes Zayn Rayyan: Bapa lepas dan bebas, ibu diperintah bela diri
Zaim (kiri) dan Ismanira ketika tiba di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari, daripada pertuduhan mengabaikan anaknya yang merupakan kanak-kanak autistik, dua tahun lalu.
Ringkasan AI
Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
Namun, isterinya Ismanira Abdul Manaf, diperintah untuk membela diri selepas mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadapnya.
Hakim Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, serta meneliti keterangan 28 saksi sepanjang perbicaraan berlangsung.
Menurut hakim, pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pengabaian terhadap Zaim, namun berjaya menunjukkan bukti mencukupi terhadap Ismanira bagi perbicaraan diteruskan.
Ismanira kemudian memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan pihak pendakwaan boleh menyoal balas tertuduh.
Pada 13 Jun tahun lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabaian terhadap anak mereka di Mahkamah Sesyen, di sini.
Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 hingga jam 9.55 malam keesokannya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, pada jam 10 malam.
Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Ringkasan AI
- Mahkamah melepaskan Zaim Ikhwan Zahari daripada pertuduhan mengabaikan anak autistiknya selepas mendapati tiada elemen pengabaian dibuktikan oleh pihak pendakwaan, manakala isterinya, Ismanira Abdul Manaf, diperintah membela diri kerana wujud kes prima facie terhadapnya.
- Ismanira memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi dan akan disoal balas oleh pihak pendakwaan; pasangan itu sebelum ini didakwa atas pertuduhan pindaan mengabaikan anak mereka yang berpotensi menyebabkan kecederaan fizikal antara 5 hingga 6 Disember 2023.
- Pertuduhan dibuat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya; Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kediamannya selepas dilaporkan hilang.