NATIONAL
Kes Zayn Rayyan: CCTV rakam 'mangsa dalam longkang', 'saksi berlari'
Saksi pendakwaan bagi kes pengabaian kanak-kanak autisik Zayn Rayyan Abdul Matin, ASP Latifah Abdul Aziz hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. - Foto Bernama
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat rakaman kamera litar bertutup (CCTV) yang diletakkan bersebelahan Apartment Idaman, Damansara Damai ada merakam kelibat seorang kanak-kanak yang dipercayai mangsa iaitu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin.
Ringkasan AI
Dalam prosiding hari ini, sebanyak 10 rakaman telah ditunjukkan kepada mahkamah antaranya rakaman video CCTV mangsa keluar dari terowong, ibu mangsa di sebuah pasar raya dan mangsa dalam longkang.
Saksi pendakwaan ke-26, Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video, Latifah Abdul Aziz, 44, berkata, bagi rakaman video yang bertajuk 'Nampak Mangsa Dalam Longkang' menunjukkan imej yang dipercayai mangsa dan telah menjalankan proses 'enhancement' bagi menjelaskan kualiti imej tersebut.
"Walau bagaimanapun, saya dapati daripada imej ini wajah individu yang dipercayai mangsa tidak berjaya dikeluarkan kerana terdapat pagar diantara kedudukan kamera CCTV dengan subjek yang difokuskan.
"Daripada pemerhatian saya, imej tersebut menunjukkan fizikal individu yang dipercayai kanak-kanak. Namun, saya tidak dapat pastikan warna asal baju dan seluar yang dipakai oleh individu yang dipercayai saksi. Namun begitu, daripada resolusi rakaman CCTV menunjukkan warna baju cerah seakan warna putih dan seluar adalah gelap seakan warna hitam," katanya ketika prosiding di sini, hari ini.
Beliau memberitahu demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh ketika prosiding perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari.
Dalam pada itu, terdapat juga satu rakaman video pada tarikh yang sama dipercayai rakaman kelibat saksi sedang berlari dengan berpakaian warna gelap seakan warna hitam.
Menurut Latifah, pada minit ke-12, ada satu pergerakan di sebalik pagar dan beliau tidak dapat mengenal pasti individu yang dikatakan saksi pada tarikh dan masa tersebut kerana hasil analisis menujukkan imej adalah kabur dan kurang jelas disebabkan oleh jarak kamera CCTV dengan subjek adalah terlalu jauh.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela, Haresh Mahadevan yang mewakili Isma dan Zaim mencadangkan kepada saksi bahawa laporan analisis yang dikemukakan kepada mahkamah pada hari ini langsung tidak menyatakan bahawa kelibat saksi itu merupakan saksi kanak-kanak bagi kes ini, saksi itu menjawab ‘betul’.
Haresh: Adakah ASP tahu bahawa dalam keterangan saksi kanak-kanak itu kepada mahkamah ini, mengatakan arwah Zayn Rayyan hanya berlari tiga langkah di hadapannya.
Latifah: Saya tidak tahu.
Haresh: Setuju kalau saya cadangkan kepada anda bahawa dalam kesemua rakaman yang menunjukkan kelibat yang berlari itu, tiada sebarang kelibat kanak-kanak berlari tiga langkah di hadapan individu yang dikatakan saksi itu.
Latifah: Betul
Haresh: Saya cadangkan kepada anda bahawa lelaki berbaju hitam yang berlari itu bukan saksi kanak-kanak?
Latifah: Tak pasti
Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bersambung lagi 21 April ini.
Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan dan Ismanira yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartment sama antara jam 12 tengahari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ringkasan AI
- Rakaman CCTV menunjukkan kelibat seorang kanak-kanak yang dipercayai mangsa, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, di sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai.
- Saksi pendakwaan mengesahkan imej kanak-kanak dalam rakaman CCTV, tetapi wajah tidak dapat dikenal pasti kerana halangan pagar dan jarak kamera.
- Ibu bapa mangsa didakwa mengabaikan anak mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dengan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.