MALAYSIA
Kes Zayn Rayyan: Ibu diarah bela diri, lima saksi termasuk suami akan dipanggil
Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin memutuskan bahawa terdapat kes prima facie terhadap Ismanira dan mengarahkannya membela diri. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
PETALING JAYA: Pihak pembelaan ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, akan memanggil lima orang saksi, selepas Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin memutuskan bahawa terdapat kes prima facie terhadapnya dan mengarahkannya membela diri.
Ringkasan AI
Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
Peguam bela, Haresh Mahadevan, memaklumkan kepada mahkamah, saksi terbabit termasuk suami tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari, yang dilepaskan daripada pertuduhan sama pagi tadi.
Ia susulan Hakim Syahliza Warnoh memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Zaim, namun berjaya mengemukakan bukti mencukupi untuk meneruskan prosiding terhadap Ismanira.
Pasangan suami isteri berusia 30 tahun itu dilihat meninggalkan kamar mahkamah sekitar jam 12.35 tengah hari untuk berehat, sebelum prosiding disambung semula pada jam 2 petang.
Ismanira yang diwakili pasukan pembelaan terdiri daripada Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh, memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, yang membolehkan pihak pendakwaan menyoal balas keterangannya.
Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira bersama suaminya sebagai penjaga kepada Zayn Rayyan, 6, didakwa telah mengabaikan kanak-kanak itu sehingga berisiko menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa berlaku di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, hingga ke lokasi anak sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari pada 5 Disember 2023 hingga 9.55 malam keesokannya.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Untuk rekod, Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 sebelum ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kediamannya kira-kira 200 meter dari Blok R, pada malam keesokannya.
Ringkasan AI
- Mahkamah Sesyen memutuskan terdapat kes prima facie terhadap Ismanira Abdul Manaf atas pertuduhan mengabaikan anak autistiknya, Zayn Rayyan, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, dilepaskan daripada pertuduhan sama.
- Ismanira memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi dan akan memanggil lima saksi termasuk suaminya; pertuduhan melibatkan pengabaian yang berisiko menyebabkan kecederaan fizikal antara 5 hingga 6 Disember 2023.
- Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda sehingga RM50,000; Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kediamannya selepas dilaporkan hilang.